My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 12 June 2018

    Qhaliq Ditayang 14 Jun Ini



    FILEM genre bomba, Qhaliq yang sebelum ini berdepan dengan isu pertembungan tarikh tayangan dengan filem Dukun pada 5 April lalu akhirnya menemui penonton bermula Khamis, 14 Jun ini. Pengedar filem itu, Ahmad Idham Nadzri berkata, dia positif dengan sambutan penonton. 

    "Alhamdulillah, filem Qhaliq mendapat sambutan serta sokongan daripada komuniti bomba di seluruh negara sejak ia mula dihebahkan April lalu. Mereka sudah pun sedar dengan kewujudan filem ini dan bersepakat untuk memberi sokongan, bukan saja daripada anggota malah komuniti kadet bomba di semua peringkat umur," katanya, hari ini.

    Ahmad Idham yang juga artis pertama dianugerahkan pangkat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebagai Penguasa Kanan Bomba 1 (Kehormat) berkata komuniti sasaran ini akan membantu di segi sambutan Qhaliq di pawagam kelak.

    Dia turut berpendapat walaupun ada produser yang skeptikal dengan tarikh tayangan pada Aidilfitri, ia bukan sesuatu yang negatif. Katanya, tayangan Qhaliq pada hari itu bakal mengembalikan fenomena filem tempatan yang pernah mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton.

    Filem Qhaliq arahan Rosli Mohd Taib terbitan Ohhsem Network menggandingkan pelakon Hairul Azreen, Risteena Munim, Aliff Yashraf, Azza Elite, Nor Albaniah dan Ahmad Idham sendiri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Qhaliq Ditayang 14 Jun Ini Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top