My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 1 June 2018

    Suspek Tikam Jiran Ditangkap



    SUSPEK kes tikam seorang lelaki yang juga jirannya dan empat remaja di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil, Putrajaya berjaya diberkas pada 4.10 petang semalam. 

    Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, suspek berusia 32 tahun itu dijumpai di kawasan belukar berhampiran rumahnya. “Suspek mengalami sedikit kecederaan calar di bahagian badan. Turut dirampas bersama suspek ialah pisau lipat yang digunakan ketika kejadian. 

    "Tangkapan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dan anggota dari Balai Polis Dengkil,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. 

    Mengenai keadaan terkini kelima-lima mangsa, Abdul Aziz berkata, semua mereka dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Serdang. “Mangsa Mohd Ayub Bin Mohd Salleh, 48, mengalami kecederaan di kepala, belakang badan dan lengan kanan. Manakala Muhammad Harrith Haidhar, 18, mengalami luka di lengan kiri.

    “Mangsa lain, Wan Alif Azril Zamri, 18, mengalami dua luka di belakang badan, Putra Alif Hakimi Raja Azizam, 15, terdapat kesan tikaman pada rusuk kiri dan dua luka tikaman dan Muhamad Shahid Muhamad Fahlilah mengalami luka pada belakang badan,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Suspek Tikam Jiran Ditangkap Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top