My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 11 June 2018

    Status Tergantung



    Perkembangan industri automotif negara berdepan ketidaktentuan apabila Dasar Automotif Nasional (NAP 2018) yang sepatutnya diumumkan Ogos ini dikatakan belum ada kata putusnya. Tidak hanya isu tarikh pengumuman, malah aspek yang akan diberikan tumpuan juga belum dapat disahkan atau diperjelaskan. 

    Ini kerana peralihan pucuk kepemimpinan memberikan kesan secara tidak langsung kepada pelbagai dasar dan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan terdahulu. Dengan pelbagai dasar dimansuh atau dikaji semula, NAP 2018 yang dijangka memacu pertumbuhan industri automotif tempatan turut terkena tempias.

    Ini turut disebabkan beberapa faktor termasuk kementerian berkaitan yang akan melihat dasar itu secara menyeluruh sebelum ini iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga belum memiliki nakhoda.

    Malah, ketidakpastian mengenai skop tugas kementerian yang berkaitan perdagangan yang akan melihat dasar automotif juga tidak dapat disahkan buat masa ini memandangkan belum ada pengumuman rasmi daripada kerajaan semasa.

    Selain itu, kedudukan Institut Automotif Malaysia (MAI) sebagai pelopor NAP 2018 juga masih belum dapat dipastikan. Ketua Pegawai Eksekutif MAI Datuk Madani Sahari dalam maklum balas sebelum ini berkata, agensi itu perlu mengadakan perbincangan dengan menteri berkaitan terlebih dulu sebelum sebarang kenyataan mengenai NAP 2018 dikeluarkan.

    “Mengenai NAP 2018, saya perlu berbincang dengan menteri baru dulu, selepas semua selesai, ia akan diumumkan kepada media,” katanya.

    Mac lalu, MAI mendedahkan NAP 2018 akan memberi fokus kepada empat aspek baru iaitu mobiliti, kenderaan generasi baru (nextgen vehicles), kepintaran buatan (AI) dan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Dasar automotif yang dikemaskini itu memberi tumpuan kepada aspek berkenaan dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan baru kepada vendor tempatan.

    Perniagaan baru yang diwujudkan hasil penambahan pengeluaran komponen kenderaan itu, membuka pengkhususan baru dalam pelbagai sektor termasuk elektronik, pengaturcaraan, analisa data, telekomunikasi, sistem pengangkutan pintar dan kandungan digital.

    Sementara itu, Penganalisis Automotif yang juga Pengarang Motor Trader Malaysia Keshvinder Singh Dhillon berkata, NAP 2018 berkemungkinan akan dilihat semula oleh kerajaan semasa selaras dengan agenda yang akan dibawakan.

    Katanya, pasaran tetap mengharapkan sesuatu yang positif kepada industri itu, di mana pasaran mahukan kereta yang lebih selamat, mampu milik dan memenuhi keperluan semua. “Saya berpendapat kenderaan hibrid mungkin terjejas jika rebat yang diberikan sebelum ini tidak diteruskan.

    “Aspek yang diumumkan sebelum ini iaitu mobiliti, kenderaan generasi baru, AI dan IR 4.0 perlu dikekalkan sejajar dengan keperluan semasa industri global,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Status Tergantung Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top