My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 25 June 2018

    Hari Terbaik Buat England: Hamilton



    Lewis Hamilton mencipta kemenangan buat Mercedes pada saingan Grand Prix Perancis seterusnya kembali ke kedudukan teratas kejuaraan dunia, sebentar tadi. Juara dunia empat kali itu mendahului sejak awal hingga penamat ketika dia mencatat kemenangan pertama di Perancis, ketiga tahun ini dan ke-65 sepanjang kariernya. 

    Hamilton mencatat masa tujuh saat lebih pantas berbanding pemandu Belanda Max Verstappen dengan Kimi Raikkonen ketiga bersama jentera Ferrari apabila memintas rakan sepasukan Red Bull, Daniel Ricciardo berbaki lima pusingan.

    Persembahan hebat Hamilton hadir selepas juara dunia empat kali dan pendahulu kejuaraan sebelum ini, Sebastian Vettel bersama jentera Ferrari melanggar rakan sepasukannya dari Mercedes, Valtteri Bottas pada pusingan pembukaan.

    Kedua-dua jentera mengalami kerosakan dan ketika berada di belakang kereta keselamatan, mereka memasuki hentian pit untuk dibaiki. Mereka kembali ke belakang pemandu lain untuk masing-masing menamatkan saingan di tangga kelima dan ketujuh manakala Kevin Magnussen dari Haas keenam.

    Vettel juga dikenakan hukuman lima saat penalti yang diambil ketika hentian pit kedua. “Kerja yang bagus kawan, usaha yang hebat dari semua orang,” kata Hamilton yang menyaksikan England menewaskan Panama 6-1 pada Piala Dunia sebelum itu. “Ia hari yang bagus buat England.”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hari Terbaik Buat England: Hamilton Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top