My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 4 June 2018

    Duterte Mahu Utusan PBB ‘Pergi Jahanam’



    Presiden Rodrigo Duterte semalam memberitahu seorang pakar hak asasi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya ‘pergi jahanam’ susulan kritikannya terhadap Duterte kerana mengugut hakim kanan Filipina. 

    Cercaan terbaharu oleh Duterte itu dibuat selepas pelapor khas PBB mengenai kebebasan hakim dan peguam, Diego Garcia-Sayan berkata bahawa komen Duterte terhadap bekas ketua hakim, Maria Lourdes Se­reno merupakan ‘serangan kejam’ ke atas badan kehakiman.

    Rakan-rakan sekerja Sereno mengundi untuk melucutkan beliau daripada jawatannya pada bulan lalu selepas Duterte secara terbuka mengelar Sereno ‘musuh’ dan menuntut hakim itu segera dipecat. 

    “Katakan kepada dia (Garcia-Sayan) supaya jangan masuk campur dalam hal ehwal negara saya. Dia boleh pergi jahanam,” kata Duterte kepada kumpulan pemberita di Manila sambil menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai kaitan dengan pemecatan Sereno.

    “Dia bukan seorang yang istimewa dan saya tidak mengiktiraf jawatannya sebagai pelapor PBB,” tambah Presiden Fili­pina itu.

    Duterte, 73, sebelum ini membidas pengkritik-pengkritiknya berhubung perang dadah yang dilancarkan selepas beliau mengambil alih pemerintahan Fili­pina pada 2016. Polis menyatakan bahawa pihaknya te­lah membunuh seramai 4,279 suspek dadah dalam kempen antinarkotik itu tetapi kumpulan-kumpulan hak asasi manusia percaya korban sebenar adalah tiga kali ganda lebih tinggi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Duterte Mahu Utusan PBB ‘Pergi Jahanam’ Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top