My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 4 June 2018

    Pensyarah Wanita Rugi RM260,000



    Seorang pensyarah wanita dari sebuah universiti awam di sini mengalami kerugian sebanyak RM260,000 selepas wang simpanannya lesap akibat ditipu sindiket Macau Scam pada 21 Mei lalu. 

    Lebih menyedihkan apabila wang tersebut merupakan wang simpanan mangsa selama 20 tahun iaitu sejak dia berkhidmat di pusat pengajian tersebut.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, mangsa yang berusia 48 tahun telah menerima satu sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada nombor 68886 yang memaklumkan bahawa kad kredit CIMB miliknya telah digunakan di Lapangan Terbang Senai, Johor Bahru pada 21 Mei lalu.

    Bagaimanapun, dalam tempoh itu, mangsa tidak melakukan sebarang transaksi bank mahupun berada di lapangan terbang terbabit.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pensyarah Wanita Rugi RM260,000 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top