Lionel Messi berdepan tekanan untuk membantu Argentina menentang Croatia dalam aksi penting awal pagi nanti, selepas seterunya, Cristiano Ronaldo meledak jaringan keempat di Piala Dunia sekali gus menyingkirkan Maghribi.
Rakan sepasukannya mengelilingi kapten mereka selepas sepakan penaltinya diselamatkan ketika terikat 1-1 menentang pasukan kercil, Iceland, pada Sabtu lalu. Messi diletakkan harapan tinggi ketika Argentina memburu Piala Dunia pertama sejak 1986, terdesak untuk melengkapkan karier cemerlang dengan kejuaraan di pentas antarabangsa.
Bagaimanapun sehingga kini di Russia, Messi dibayangi Ronaldo yang meledak gol keempat semalam untuk membolehkan Portgual menewaskan Maghribi 1-0, menunjukkan jalan keluar kepada wakil Afrika itu.
Kekalahan kepada Croatia yang diketuai Luka Modric di Nizhny Novgorod akan menyaksikan Argentina tersingkir daripada peringkat kumpulan buat kali pertama sejak 2002.
"Kami semua bersamanya, dia sedar mampu mengharapkan kami," jelas penyerang Argentina, Paulo Dybala mengenai Messi.
"Kami di sini membantunya setiap saat, berada di pihaknya," kata Dybala. Croatia memastikan tiga mata apabila menewaskan Nigeria 2-0 pada aksi pembukaan, namun hadir untuk menghadapi perlawanan seterusnya dengan kontroversi.
Penyerang AC Milan, Nikola Kalinic dihantar pulang dari Russia apabila dilaporkan enggan turun sebagai pemain gantian walaupun jurulatih, Zlatko Dalic mendakwa dia mengalami kecederaan belakang.
0 comments:
Post a Comment