My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 4 June 2018

    Fred Sertai Man U?



    Manchester United dijangka akan menandatangani pemain tengah Brazil Fred dalam masa terdekat, dengan pemain itu akan menjalani pemeriksaan perubatan di kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini. 

    Pemain tengah Shakhtar Donetsk itu dimasukkan pada minit ke-82 dalam aksi persahabatan antarabangsa yang menyaksikan Brazil menewaskan Croatia 2-0 di Anfield. Fred dilaporkan akan menjalani pemeriksaan perubatan di Manchester sebelum menyempurnakan perpindahan bernilai 55 juta euro (RM255.2 juta).

    “Apabila ini berlaku, ia tidak dapat dielak, mereka akan datang kepada kami dan nasihat kami ialah menyelesaikannya secepat mungkin supaya fikiran anda kembali kepada pasukan kebangsaan,” kata pengendali Brazil Tite.

    “Jika saya seorang pengendali saya juga akan mendapatkannya.” Pemain 25 tahun itu menyertai kelab Ukraine, Shakhtar dari kelab Brazil Internacional pada tahun 2013 dan menjadi sebahagian daripada kempen Liga Juara-Juara mereka.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Fred Sertai Man U? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top