Seorang pelancong maut selepas diheret ombak besar ke laut ketika mengambil gambar bersama dua rakannya di India. Detik mengejutkan yang sempat dirakam itu menunjukkan Dinesh Kumar Ranganathan, 28, duduk atas batu di tepi pantai bersama dua rakannya - seorang lelaki dan wanita - untuk mengambil gambar apabila dibadai ombak besar.
Dua rakannya itu terpelanting tetapi sempat memaut pada batu dan menyelamatkan diri, tanpa menyedari Sasikumar hanyut dibawa ombak. Rakan lelakinya kemudian didengar bertanya di mana Dinesh Kumar sebelum mereka cuba mencarinya, tetapi sudah terlambat.
Sementara itu, jurucakap polis Inspektor Jivba Dalvi berkata: “Dua sempat menyelamatkan diri tetapi rakan mereka hilang dan mayatnya ditemui beberapa jam kemudian.”
Pihak berkuasa Goa bulan lalu mengeluarkan amaran supaya pelancong tidak berenang di pantai negeri itu kerana dijangka mengalami hujan lebat akibat monsun.
0 comments:
Post a Comment