Akhirnya ketegangan yang wujud antara pihak Istana Negara dengan Putrajaya menemui titik penamat apabila Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan untuk melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baru bagi menggantikan Tan Sri Apandi Ali, awal pagi tadi.
Semuanya bermula apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan nama bekas Peguam bela bekas Ketua Pengganas Komunis Malaya, Chin Peng ini diangkat sebagai Peguam Negara yang baru. Cadangan ini pada mulanya di bantah oleh sebilangan besar rakyat Malaysia dan Kebawah Duli Yang DiPertuan Agong namun akhirnya, pihak Istana terpaksa akur dengan kemahuan kerajaan.
Pastinya, apa yang berlaku sepanjang tempoh ini, akan membawa ingatan ramai terhadap tempoh getir kaum Melayu sewaktu bersatu menentang cadangan penjajah British yang mahu melaksanakan Malayan Union kedalam diri kaum Melayu.
Pada ketika itu, kaum Melayu berada dalam keadaan berpecah belah dengan semangat kaum Melayu untuk menentang satu lagi penjajah setelah teruk diganyang oleh Jepun, berada pada tahap yang amat lemah. Pada ketika inilah penjajah British cuba membawa idealogi Malayan Union supaya struktur politik dan pentadbiran negara berada di bawah pengaruh Republik.
Namun, disaat kaum Melayu masih tercari-cari, siapakah yang mampu untuk membawa penyatuan kaum Melayu menentang cadangan penjajah British ini, munculnya Allahyarham Dato Onn Jaafar yang mengambil inisiatif mempelawa kesemua Pengerusi Gabungan Melayu di seluruh Malaysia mengadakan pertemuan di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada awal tahun 1946.
Hasil daripada pertemuan inilah akhirnya satu titik penyatuan kaum Melayu terbentuk sebelum idea menubuhkan satu parti baru khas untuk membela nasib kaum Melayu dan keseluruhan Institusi Istana di bawa kepengetahuan Kebawah Duli Sultan Johor. Dari sinilah titik pembentukan UMNO yang menghimpunkan semua golongan intelek dan bangsawan Melayu di bawah satu bumbung.
Tarikh 11 Mei 1946 akan sentiasa dikenang sebagai tarikh keramat yang menyaksikan, kaum Melayu yang pada ketika itu berpecah belah, tidak mempunyai persatuan atau parti yang kukuh menentang penjajah British serta ketiadaan ketua yang benar-benar komited terhadap nasib bangsanya, kembali bersatu dalam memperjuangkan nasib agama, bangsa dan tanahair.
Hari ini, senarionya hampir sama. Hari ini, kaum Melayu sudah teruk berpecah akibat berlainan idealogi politik. Malah, ada diantara kaum Melayu hari ini tidak lagi memperdulikan kesucian agama, memartabatkan bangsa dan menyintai tanahair. Mereka lebih senang menjulang idealogi politik, kehidupan sekular dan liberal serta lebih terbuka pemikirannya.
Ianya mirip seperti keadaan orang Melayu pasca pendudukan Jepun 1945 sehingga ada pihak yang cuba mengambil kesempatan keatas kealpaan dan tiada sifat penyatuan di dalam diri orang Melayu. Malah, keadaannya juga hampir sama apabila pada ketika itu, UMNO juga belum wujud dengan keadaan sekarang, UMNO telah hampirlebur dibakar dengan fitnah dan kebencian.
Jikalebih 70 tahun yang lalu, UMNO dibina atas semangat kekuatan Melayu anti Malayan Union, kenapa tidak sekaran UMNO dikembalikan atas semangat perjuangan survivor Melayu sejati berhadapan dengan cabaran semakin menggila hari ini? Adakah perlu wujud sentimen berpuak-puak lagi sehingga menyaksikan UMNO dihina sedemikian rupa?
Inilah masanya yang paling sesuai untuk sesiapa sahaja yang dipilih sebagai Presiden UMNO, menyatukan semula jiwa-jiwa Melayu yang semakin hilang untuk kembali bersatu di bawah satu panji. Kita berhadapan dengan kemungkinan kehilangan sebuah jati diri dan tanah yang kita pijak. Adakah kita masih boleh memberi ruang kepada perpecahan lagi?
0 comments:
Post a Comment