My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 5 June 2018

    Demi Lovato Mohon Maaf Lakukan Jenaka Seks



    Penyanyi pop terkenal Amerika Syarikat, Demi Lovato, memohon maaf susulan berkongsi butiran jenaka seksual yang dilakukan terhadap pengawal peribadinya. Beliau mencetuskan reaksi negatif hujung minggu lalu apabila diminta memberitahu jenaka paling nakal pernah dilakukan, ketika saling berbual dengan peminatnya di Twitter. 

    Lovato berkata, beliau mengupah pelacur memasuki bilik hotel pengawal peribadinya ketika mereka berada di Las Vegas, yang membenarkan aktiviti pelacuran. “Dia berjalan masuk ke dalam bilik pengawal peribadi saya tanpa izin dan meramas ‘kemaluannya’ dan beliau ketakutan,” kata Lovato.

    Sebilangan pengguna Twitter mengecam keras Lovato, berkata beliau mengaku melakukan gangguan seksual serius, isu yang mengundang perhatian di tengah kebangkitan gerakan #MeToo.

    Lovato memadamkan kenyataan itu dan berkata: “Saya bersumpah boleh tweet sesuatu mengenai gula-gula dan menyinggung seseorang.”

    Namun beliau juga menggesa orang ramai yang marah dengan kejadian itu mendengar lagunya ‘Warrior’ yang bercerita mengenai mangsa serangan seksual. “Mungkin anda lebih bersimpati kepada kesilapan kecil. Saya minta maaf jika ada sesiapa yang tersinggung,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Demi Lovato Mohon Maaf Lakukan Jenaka Seks Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top