My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 5 June 2018

    Padan Muka Kau!



    LELAKI dibelasah orang awam selepas cuba memecah masuk restoran masakan Kelantan di Sulaman Central, Sepanggar, Kota Kinabalu, semalam. Dalam kejadian 2.30 pagi itu, suspek berusia 30 tahun yang cedera di muka kemudian diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. 

    Difahamkan, pemilik restoran itu kebetulan lalu di kawasan berkenaan dan curiga dengan kehadiran Perodua Myvi di hadapan kedainya. Dia kemudian memeriksa dan terkejut melihat dua lelaki mengumpil pintu besi restorannya.

    Lelaki itu menjerit 'pencuri' sebelum kedua-dua mereka melarikan diri dan seorang daripada suspek berjaya ditangkap oleh orang awam selepas kereta dipandu suspek terbabas. Suspek kemudian dipukul sebelum diserahkan kepada pihak polis yang tiba di lokasi sebaik dimaklumkan berkenaan kejadian itu.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut. "Sepasukan polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah, bergegas sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.

    "Sebaik tiba, orang awam menyerahkan seorang lelaki (suspek) yang cedera di muka," katanya ketika dihubungi. Chandra berkata, pemeriksaan ke atas kereta dipandu suspek menemui gergaji pemotong besi, satu alat pemotong besi dan pahat besi.

     "Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Padan Muka Kau! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top