My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 12 June 2018

    Wanita Maut Selepas Kereta Terhumban Masuk Ke Dalam Sungai



    Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai terbabas sebelum terhumban masuk ke dalam sungai berhampiran Kampung Gobeilt di sini semalam. Mangsa, Tin Ong Ing, 54, ditemui mati lemas dalam kereta jenis Kia Rio yang dipandunya pada pukul 10.50 pagi. 

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kejadian tersebut disedari oleh orang awam pada pukul 6.30 pagi sebelum mereka menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

    Katanya, berdasarkan siasatan awal, kali terakhirnya mangsa bertemu dengan ahli keluarganya sebelum menghantar anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 5 pagi. 

    "Kereta yang dipandu wanita itu ialah milik suaminya dan kenderaan yang terhumban dalam sungai berkenaan telah diangkat ke darat dengan menggunakan jengkaut," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

    Alexson menambah, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Umum Sarawak di sini untuk dibedah siasat. "Buat masa ini, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Wanita Maut Selepas Kereta Terhumban Masuk Ke Dalam Sungai Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top