My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 5 June 2018

    Gol Pertama ‘Messi Malaysia’ Pada Aksi MLS



    PEMAIN berdarah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal mencipta sejarah setelah berjaya menjaringkan gol pertamanya buat kelab Sporting Kansas City (Sporting) dalam saingan Liga Amerika Syarikat (MLS) ketika mereka menang 4-1 ke atas Minnessota United awal pagi semalam. 

    Pemain berusia 20 tahun itu terlebih dahulu memanaskan bangku simpanan sebelum menggantikan Yohan Croizet pada minit ke-18, sekali gus berjaya meledak gol sulung karier profesionalnya.

    Wan Kuzain yang juga mendapat jolokan ‘Messi Malaysia’ dan merupakan pemain kedua termuda Sporting telah menyumbat gol kedua buat pasukannya pada minit ke-35 dalam perlawanan ketiga Piala Terbuka Amerika Syarikat (AS) bagi melengkapkan kemenangan mereka ketika beraksi di hadapan penyokong sendiri.

    Jaringan itu berjaya menembusi gawang Minnesota melalui percubaan dari dalam kotak penalti hasil daripada rembatan kaki kiri Wan Kuzain. “Saya sememangnya tidak menyangka mampu melakukan kejutan seperti ini kerana pada mulanya hanya ingin memberikan impak positif buat pasukan.

    “Saya mengharapkan momentum ini dapat dikekalkan untuk berdepan perlawanan seterusnya bagi menyum­bang kejayaan untuk Sporting. Keyakinan ini juga hadir selepas pengurus pasukan, Peter Vermes sentiasa memberikan kata semangat kepada saya untuk melakukan yang terbaik dan ternyata semuanya telah berlaku,” katanya selepas perlawanan tersebut menerusi laman rasmi Sporting.

    Ia merupakan aksi keduanya bersama Spor­ting selepas penampilan sulungnya di MLS pada 27 Mei lalu ketika mereka sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan ­ketika berdepan Columbos. 

    Pemain yang dibentuk di Akademi Bola Sepak St Louis Scott Gallagher itu mula menjadi tum­puan rakyat Malaysia selepas dia dipilih menjalani latihan bersama pasukan Bawah 17 tahun (B-17) AS pada 2015. Wan Kuzain mula menyertai akademi Spor­ting (2016), sebelum ke Swope Park Rangers (SPR) pada 2017 untuk beraksi dalam Liga Bola Sepak United (USL) di AS.

    Dia muncul sebagai pemain Malaysia pertama merangkul trofi Kejohanan Persidangan Barat USL pada November tahun lalu. Sporting yang beraksi untuk MLS Barat meng­ungguli carta musim ini dengan pengumpulan 28 mata setelah melalui 14 perlawanan dan hanya menca­tatkan dua kekalahan. 

    Pendahulu liga tersebut dijadualkan akan berdepan Real Salt Lake untuk perlawanan keempat bagi pertandingan yang sama pada Khamis ini, manakala perlawanan seterusnya pada 10 Jun bertemu Portland. Sebagai rekod, kedua ibu bapanya merupakan rakyat Malaysia dan bapanya, Prof. Dr Wan Kamal Napi adalah anak jati Kelantan sebelum berhijrah ke AS untuk membina karier di sana.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Gol Pertama ‘Messi Malaysia’ Pada Aksi MLS Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top