My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 22 June 2018

    Apa Kau Fikir Hantar Mesej Tu, Dik?




    REMAJA lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini atas pertuduhan menghantar mesej lucah menerusi WhatsApp kepada guru wanita, awal bulan ini. Tertuduh yang berusia 18 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rihaida Rafie. 

    Mengikut pertuduhan, dia yang juga ejen bas pelancongan didakwa memulakan komunikasi lucah dan jelik terhadap wanita berusia 37 tahun itu dengan niat mengganggu orang lain. Perbuatan itu dilakukan di sekolah mangsa pada 1.52 petang, 2 Jun lalu.

    Justeru, anak ke-11 daripada 13 beradik itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

    Timbalan Pendakwa Raya Rizal Azani Zainal Adzam yang mengendalikan kes menawarkan kos ikat jamin tertuduh berjumlah RM5,000. Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon pengurangan kos dengan alasan keluarga hanya berpendapatan rendah.

    "Saya mempunyai 24 adik beradik (termasuk adik beradik tiri) dan bapa hanya pesara kerajaan yang berpendapatan RM800 sebulan, manakala ibu tidak bekerja," katanya.

    Rihaida membenarkan kos jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin. Sebutan semula kes ditetapkan pada 2 Julai depan termasuk bagi menentukan tarikh jatuh hukum ke atas tertuduh.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Apa Kau Fikir Hantar Mesej Tu, Dik? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top