My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 1 June 2018

    Kanak-Kanak Maut Dihempap Istana Belon



    Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala beberapa lagi cedera ketika bermain istana belon yang terbalik akibat ditiup angin kuat dalam kejadian di tenggara China, Selasa lalu. Kejadian yang berlaku di bandar Fengwei, Quangzhou, wilayah Fujian itu turut mengakibatkan sekurang-kurangnya lima orang dewasa cedera. 

    South China Morning Post melaporkan, pelampung istana itu didirikan di sebuah dataran orang ramai di bandar terbabit. Polis Quangang berkata, pelampung istana itu dikatakan adalah sebahagian aktiviti yang disediakan di satu pesta dianjurkan di situ.

    Insiden malang itu berlaku ketika pelampung terbabit yang dipenuhi dengan kanak-kanak secara tiba-tiba terbalik dan diterbangkan angin kuat menyebabkan mereka terjatuh dan terperangkap di bawahnya.

    Orang ramai yang cemas berusaha untuk membantu menyelamatkan kanak-kanak yang ditimpa pelampung berkenaan. Satu rakaman yang tersebar di media sosial menunjukkan tiupan angin terlalu kuat turut menyebabkan kerusi dan meja tercampak termasuk beberapa skuter yang diletakkan berhampiran kawasan.

    Daily Mail melaporkan, mangsa yang jatuh dari pelampung itu dikejarkan ke Hospital Quangang, namun disahkan meninggal dunia selepas itu. Difahamkan, pegawai kerajaan di bandar itu dan ketua kampung turut berada di tempat kejadian untuk melakukan usaha menyelamat. Sehingga kini, polis belum mendedahkan penganjur pesta berkenaan, namun siasatan sedang dilakukan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kanak-Kanak Maut Dihempap Istana Belon Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top