Sebelum Pilihan Raya Umum ke 14, Pakatan Harapan ada meletakkan salah satu janji mereka untuk sentiasa memelihara kebajikan warga Sarawak dan Sabah walaupun kerajaan bertukar tangan. Malah, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) turut akan dipatuhi sepenuhnya dan Pakatan Harapan berjanji untuk memulangkan apa sahaja hak kerajaan kedua-dua buah negeri ini yang telah terambil secara sengaja ataupun tidak.
Tidak kurang juga janji Pakatan Harapan yang mahu terus membangunkan pelbagai infrastruktur berprofil tinggi yang dilihat mampu memangkin kekuatan ekonomi bagi kedua-dua negeri ini. Malah, menurut kenyataan Tun Dr Mahathir semasa kempennya, wakil dari Sabah dan juga Sarawak tidak akan dilupakan semasa mereka membentuk kabinet kerajaan kelak.
Hari ini, sudah 26 hari berlalu, tidak ada seorang pun wakil dari Sabah dan Sarawak diangkat sebagai menteri penuh ataupun sekurang-kurangnya Timbalan Menteri dalam apa jua kementerian. Malah, langsung tidak disentuh mengenai kebarangkalian kajian semula MA63 yang mungkin akan dikaji semula sekiranya terdapat pertindihan kuasa dan sebagainya.
Lebih mendukacitakan adalah, terdapat perkhabaran yang besar kemungkinan projek berimpak tinggi seperti Pan Borneo Highway yang hari ini begitu giat di bangunkan di Sarawak dan Sabah juga berhadapan dengan tidak lagi diteruskan. Ini kerana, menurut Kementerian Kewangan, perbelanjaan untuk membina lebuh raya ini cukup tinggi dan berkemungkinan besar kerajaan tidak mampu menanggungnya.
Agak menghairankan keranapada dua pembentangan Bajet yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebelum ini, tidak pernah walau sekalipun beliau tidak memperuntukkan bajet untuk meneruskan pembinaan lebuh raya yang pertama seumpamanya di Kepulauan Borneo berkenaan.
Sebaliknya, baru beberapa puluh hari mengambil alih tampuk pemerintahan, projek berimpak tinggi seperti Pan Borneo mahu dikaji semula keboleh laksanaannya. Apakah warga Sarawak dan Sabah terpaksa berhadapan dengan penafian hak kepada kemajuan yang begitu merekaidamkan selamaini?
Terbaru, Petronas dalam satu kenyataan mempertikaikan hakmilik petroleum yang berada di perairan Sarawak.Dalam kenyataan berkenaan, Petronas mempersoalkan, apa hak Sarawak menghalang Petronas dari terus menjalankan operasi mereka? Adakah kerajaan Sarawak cuba menidakkan hak kerajaan pusat terhadap "permata hitam" yang ada di Perairan Sarawak itu sendiri?
Sukalah diingatkan bahawa tahun lalu, Ketua Menteri, Datuk Amar Abangg Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg (Abang Joe) telah merasmikan penubuhan Petroleum Sarawak (PETROS) sebagai salah satu cara kerajaan negeri menjana pendapatan sendiri menerusi hasil bumi berkenaan dengan bantuan kerajaan BN dan Petronas.
Hari ini, sebaik kerajaan pusat bertukar tangan, perkara ini timbul semuladan lebih memburukkan keadaan, terdapat sumbet menyatakan, hasil royalti petroleumyang diterima Sarawak dan juga Sabah akan kekal sebanyak 10 peratus dan bukannya 20 peratus seperti mana yang dijanjikan oleh kerajaan hari ini.
Sudahlah selama 22 tahun rakyat Sabah dan Sarawak terabai dengan pembangunan tidak seimbang semasa era Perdana Menteri keempat. Kini, muncul era Perdana Menteri ke7, walaupun orangnya masih sama, keadaan dan layanan yang diterima Sabah dan Sarawak tidak banyak berubah berbanding era Perdana Menteri ke 4.
Benarlah seperti kata bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Datuk Patinggi Haji Adenan Bin Haji Satem (Al Fatehah), "Sarawak sudah berada pada era 6 Perdana Menteri. Daripada kesemua enam Perdana Menteri ini, hanya Datuk Seri Mohd Najib sahaja yang ikhlas mahu membawa Sarawak mahupun Sabah kearah kemajuan yang lebih sempurna".
Hari ini, Abang Joe berhadapan dengan cabaran yang bukan alang kepalang yang terpaksa beliau hadapi. Sebagai sebuah negeri milik Barisan Nasional Sarawak, sudah semestinya tekanan dari sudut politik dan ekonomi akan terpaksa beliau hadapi walaupun secara amnya, Sarawak mampu untukkekal bertahan sendirian tanpa perlu mengharapkan sangat bantuan dari pusat.
0 comments:
Post a Comment