My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 22 June 2018

    Zahid Lambang Sikap Wala' Seorang Pemimpin




    Apabila menyebut nama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ingatan pasti terimbau dengan kegarauan suaranya serta ketegasannya dalam mebuat sesuatu keputusan. Beliau bukanlah orang baru dalam arus politik semasa kerana beliau merupakan seorang yang boleh dianggap sebagai ahli politik yang cukup taat dan setia dengan ketua dan UMNO.

    Dilahirkan pada 4 Januari 1953, anak kepada Allahyarham Raden Hamidi Abdul Fatah dan Allahyarhamah Tuminah Abdul Jalil ini memulakan karier politiknya dengan menyertai UMNO dan pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datok, Naib Ketua Pemuda UMNO Perak, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

    Nama beliau mula dikenali dengan cara yang agak berlainan apabila pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 21 September 1998 kerana menyokong kegiatan Reformasi oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada ketika itu, beliau merupakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia sejak 1996.

    Apa yang menariknya, latar belakang politiknya ada hubung kait rapat dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, bekas Presiden UMNO. Semasa awal pembabitannya dalam arena politik, beliau merupakan Setiausaha Politik bagi Datuk Seri Mohd Najib dan sejak itulah hubungan antara beliau dan bekas Presiden UMNO berkenaan kekal erat sehingga kini.

    Sebut sahaja apa jua cabaran dan halangan politik yang ditempuhi oleh beliau, namun pendirian dan kesetiaannya dengan UMNO memang tidak berbelah bahagi. Walaupun beliau ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri bersama-sama empat pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), beliau tidak pernah walau sehari pun meninggalkan keahliannya dengan UMNO.

    Mungkin, karier politiknya dilihat tidak begitu berkembang sebelum Datuk Seri Mohd Najib mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009, beliau dilihat antara Menteri Kabinet yang cukup kosisten dan komited dengan kerjanya sehingga ada yang menganggap, dunia beliau hanya kerja, kerja dan kerja untuk rakyat.

    Kesetiaan beliau bersama UMNO dan setianya dalam persahabatan di balas oleh Datuk Seri Mohd Najib apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai 2015 bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yasin yang dipecat dari jawatannya akibat pengkhianatannya terhadap parti dan juga kerajaan.

    Ianya boleh disifatkan sebagai satu hikmah yang tersembunyi bagi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pemecatan Muhyiddin dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO telah menyaksikan, kesetiaannya berbalas apabila beliau memangku jawatan Timbalan Presiden UMNO bagi membantu Presiden menguruskan UMNO.

    Untuk kesekian kalinya, beliau menunjukkan komitmen yang tinggi apabila selain daripada memangku jawatan Timbalan Presiden UMNO, beliau juga menjalankan tugas sebagai Naib Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri. Nyata sekali, tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau digalas dengan cukup baik dan cemerlang.

    Nyata sekali, perubahan kepimpinan yang diinginkan rakyat telah menyaksikan UMNO dan Barisan Nasional tewas pada Pilihan Raya Umum ke 14. Beberapa hari selepas tewasnya UMNO dan Barisan Nasional pada PRU ke 14, Datuk Seri Mohd Najib meletakkan jawatan dan dalam kenyataan perletakan jawatan berkenaan, beliau telah mengamanahkan UMNO untuk diketuai oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Bukan mudah untuk mengembalikan semula kekuatan UMNO, namun dibahunya kini diserahkan satu amanah yang cukup berat untuk dipikul. Mengembalikan kekuatan UMNO dan menyatu padukan ahli UMNO bukan sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan dan ianya menuntut satu komitmen yang cukup padu bagi seorang yang bakal menjadi Presiden UMNO.

    Dengan apa yang ditunjukkan beliau sejak dari awal menyertai UMNO sehingga kini, bolehlah kita gambarkan bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan satu contoh seorang pemimpin yang cukup wala' kepada ketua dan partinya seperti mana yang sering dilaungkan oleh Datuk Seri Mohd Najib.

    Benar, beliau bakal ditentang oleh beberapa orang pemimpin lain bagi merebut jawatan Presiden UMNO, sesuatu perkara yang amat jarang berlaku. Namun begitu, sekiranya ahli UMNO merasakan, parti keramat orang Melayu ini perlu dipimpin oleh seorang yang tegas dan mempunyai pendirian yang cukup kukuh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidilah orangnya.

    Bukan mahu menidakkan peluang bagi calon-calon yang lain. Cuma, sikap beliau yang cukup taat kepada parti dan ketuanya sewaktu beliau menjadi ahli biasa sehinggalah menjadi orang nombor dua UMNO cukup menggambarkan, iltizam beliau yang cukup kuat untuk cuba mengembalikan semula kegemilangan UMNO demi agama, bangsa dan tanahair.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Zahid Lambang Sikap Wala' Seorang Pemimpin Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top