My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 12 June 2018

    World Cup 2018 : Australia Sedia Kejutkan Perancis



    PENJAGA gol Australia, Matthew Ryan memberi amaran betapa skuad yang diberi julukan Socceroos itu merancang untuk mengejutkan Perancis pada kempen Piala Dunia ketika kedua-duanya bertembung di sini, Sabtu ini. 

    “Ayuh perlawanan dengan Perancis, kami sudah bersedia... dan kami mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan ini,” kata penjaga gol Brighton itu. Kami tidak sabar menanti hari Sabtu ini.”
    Tidak sampai sehari selepas tiba di Kazan, keyakinan Australia mungkin boleh dianggap sebagai kesan akibat penerbangan jarak jauh tetapi skuad kendalian Bert van Marwijk itu hanya melakukan penerbangan jarak dekat dari Turki.

    Mereka begitupun memperoleh pembakar semangat terbaik apabila memenangi kedua-dua perlawanan pemanas badan dengan menewaskan Republik Czech (4-0) dan Hungary (2-1) sebelum tiba di Russia.

    Perancis yang dilimpahi dengan bakat bertaraf dunia termasuk Antoine Griezmann dan Paul Pogba dilabel pemain tengah Australia, Massimo Luongo, sebagai antara calon juara di samping Brazil dan Jerman.

    Namun finalis Euro 2016 itu diberi amaran supaya jangan memandang rendah Australia yang sudah bertambah baik serta lebih bertekad tinggi ketika pertemuan di Arena Kazan. “Saya melihat kepada statistik sebelum perlawanan dengan Czech yang kami sudah lama tidak menang perlawanan menentang pasukan Eropah,” katanya.

    “Kami berjaya melakukannya dua kali dalam tempoh beberapa minggu.” Dikenali sebagai jurulatih yang membawa Belanda ke final Piala Dunia 2010, Van Marwijk begitupun tidak meletakkan sasaran ‘bulan dan bintang’ buat Socceroos di Russia. “Hanya satu perkara yang dihitung, untuk melepasi peringkat kumpulan,” kata Van Marwijk.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: World Cup 2018 : Australia Sedia Kejutkan Perancis Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top