My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 7 June 2018

    Tony Diminta Hadir Soal Siasat Kedua



    Polis persekutuan India akan mengeluarkan arahan meminta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia supaya tampil untuk sesi soal siasat kedua, atas tuduhan syarikat itu melanggar peraturan dalam mendapatkan lesen penerbangan, kata sumber selepas beliau gagal hadir, hari ini.

    Jumaat lalu, sumber polis memaklumkan kepada Reuters bahawa Tan Sri Tony Fernandes sudah diminta hadir di Biro Siasatan Pusat India (CBI) pada 6 Jun (semalam), namun beliau memaklumkan tidak menerima sebarang arahan untuk menghadirkan diri. ia turut dilaporkan dalam media lain. 

    “Kami ingin menyatakan bahawa Kumpulan AirAsia atau Tan Sri Tony Fernandes secara peribadi tidak menerima notis arahan ini,” menurut satu kenyataan syarikat itu, kelmarin.

    Ketika ditanya, sumber polis persekutuan itu mengulangi bahawa arahan kehadiran sudah dikeluarkan, namun beliau enggan mengulas lanjut sama ada ia sudah dihantar dalam bentuk bertulis atau dalam lain, sambil menyatakan perincian siasatan sedemikian adalah rahsia.

    Arahan kehadiran kedua akan dikeluarkan sebaik tarikh baharu ditetapkan, kata sumber itu. Beliau menambah, jika Fernandes tidak tampil, tindakan wajar akan diambil mengikut undang-undang, termasuk mengeluarkan waran tangkap.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tony Diminta Hadir Soal Siasat Kedua Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top