Sebaik sahaja kerajaan Barisan Nasional meninggalkan tampuk pemerintahan untuk diserahkan kepada Pakatan Harapan, kedudukan kewangan negara berada pada tahap terbaik. Ianya bukan omongan kosong kerana badan penarafan ekonomi antarabangsa sendiri mengakui, kedudukan kewangan negara berada pada tahap terbaik.
Malah, salah seorang ahli badan penasihat kerajaan, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sendiri mengakui bahawa ekonomi negara diuruskan dengan baik serta keadaan hutang negara juga terkawal. Namun, hal ini dinafikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang dianggap sebagai bermotifkan politik semata-mata.
Disebalik semua ini, memasuki usia sebulan pentadbiran Pakatan Harapan, secara tiba-tiba heboh diperkatakan bahawa wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah hilang sebanyak RM 6 bilion. Memang cukup menghairankan, kemana perginya wang pelaburan KWSP berkenaan yang dilaporkan hilang hanya dalam tempoh sebulan.
Hal ini pantas mengundang reaksi negatif rakyat Malaysia yag rata-rata menzahirkan kebimbangan akan kehilangan wang berkenaan. Manakan tidak, majjoriti rakyat Malaysia mempunyai caruman di dalam KWSP dan sebarang berita negatif tentang perkara ini, pastinya akan mengundang pelbagai persoalan di kalangan rakyat.
Apa yang lebih membimbangkan adalah, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kenyataan terbarunya memberitahu, beliau tidak tahu akan kehilangan berkenaan. Agak menghairankan, bagaimana seorang menteri yang menjaga kewangan negara tidak tahu menahu tentang kehilangan ini sedangkan kehilangan ini telah dilaporkan di beberapa buah media dalam dan luar negara?
Melihat akan laporan kehilangan ini, ramai yang bertanya, apa akan berlaku untuk 5 tahun yang akan datang sekiranya kehilangan jumlah yang banyak ini pun tidak diambil peduli oleh kerajaan. Apakah mungkin akan ada lagi laporan kehilangan seumpama ini di masa hadapan? Andai ada, bagaimana pengawalan kewangan negara nampaknya begitu mudah tiris?
Kita tidak mengharapkan sebuah kerajaan yang sempurna. Apa yang kita harapkan adalah sebuah kerajaan yang prihatin akan masuk keluar wang semua agensi di bawah seliaan kerajaan. Kita tidak mahu kehilangan seumpama ini akan mencetuskan rasa panik rakyat dan sekaligus mengundang 1001 persoalan di hati rakyat.
Sebagai sebuah kerajaan yang kerap melaungkan mahu menyelamatkan Malaysia serta mengutamakan rakyat, kerajaan wajar mengetahui kemana hilangnya RM 6 bilion wang KWSP dan setiap satu pelaburan yang dibuat oleh KWSP dan semua agensi di bawah seliaan Kementerian Kewangan.
0 comments:
Post a Comment