My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 7 June 2018

    Ini Lambang Malaysia Baru Atau Malaysia Rebranding?




    Bukan satu perkara baru lagi apabila Pakatan Harapan seringkali meletakkan agenda Malaysia Baru di dalam kempen PRU ke 14 mereka. Mereka kerap kali menyatakan bahawa segala sistem yang tidak betul akan digantikan. Malah, corak pentadbiran juga akan digantikan dengan acuan yang lebih segar supaya rakyat menikmati satu corak kepimpinan baru yang jauh lebih segar.

    Mendengar apa yang diperkatakan ini, sudah semestinya ramai yang menanggap apa yang diperkatakan oleh Pakatan Harapan ini bakal terjadi.Manakan tidak, dengan diketuai oleh seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang politik negara, ramai yang menaruh harapan, keadaan negara akan menjadi jauh lebih baik.

    Namun, setelah 27 hari berlalu, usahkan mahu memenuhi 10 janji 100 hari, melakukan perubahan secara total terhadap negara juga masih belum menampakkan sebarang kenyataan. Hari ini, rakyat disajikan setiap hari dengan berita siasatan 1MDB, RM 2,6 bilion dan sebagainya. Namun, apa yang diharapkan rakyat, belum menjadi kenyataan.

    Sehingga hari ini, harga barang semakin naik walaupun sifar GST, harga minyak tidak banyak berubah kecuali pengumuman semalam yang menyaksikan harga minyak RON 97, naik 19 sen. Justeru, timbul persoalan, mana pembaharuan dan iltizam untuk meringankan beban rakyat? 

    Lebih melucukan adalah, dalam beberapa perkara, kerajaan hari ini kekal meneruskan apa yang telah dibina oleh kerajaan BN sebelum ini. Permata Pintar contohnya, masih diteruskan dan kali ini kerajaan memberitahu, program berkenaan cukup baik dalam mendidik anak bangsa. 

    Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) masih diteruskan cuma namanya sahaja berubah dari SPAD kepada APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat). Malah, sistem apungan harga minyak yang akan dinilai setiap minggu juga masih diteruskan. Cuma harinya sahaja berubah dari hari Rabu kepada hari Khamis.

    Jika ada pun perubahan drastik yang dibuat adalah dengan menurunkan logo 1 Malaysia yang mungkin dianggap sebagai ancaman besar terhadap negara. Adakah ini sahaja istilah Malaysia Baharu yang cuba dibawa oleh kerajaan hari ini bagi menggantikan segala usaha yang dibuat oleh kerajaan BN sebelum ini?

    Rakyat sebenarnya mahu melihat janji untuk meringankan beban rakyat dengan kos sara hidup yang semakin meninggi. Rakyat ingin lihat kerajaan menurunkan harga minyak dan menghapuskan sistem kutipan tol di seluruh lebuh raya. Malah rakyat mahu melihat kerajaan melaksanakan agenda pembaharuan secara menyeluruh, bukan rebranding apa yang dilakukan sebelum ini.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ini Lambang Malaysia Baru Atau Malaysia Rebranding? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top