My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 12 June 2018

    Infrastruktur Untuk Rakyat Di Batal, Mahu Tambah Bebanan Baru Dengan Kereta Nasional?



    Pergilah kemana sahaja negara maju samada di Eropah mahupun di Asia, antara elemen utama yang diberi penekanan oleh sesebuah kerajaan di negara-negara berkenaan adalah pembangunan komprehesif infrastruktur rakyat terutamanya sekali pengangkutan awam.

    Di negara-negara berkenaan, pengangkutan awam adalah nadi penggerak buat warga kota metropolitan yang akan menyaksikan petambahan kenderaan bagi memasuki kawasan pusat bandar. Seboleh-bolehnya, kerajaan di negara maju berkenaan mahu mengelak warganya memasuki pusat bandar dengan menggunakan kenderaan persendirian kerana dikhuatiri akan menambahkan kesesakan.

    Memandangkan, kunjungan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir ke Jepun yang mana beliau sekali lagi membawa aspirasi Dasar Pandang Ke Timur, lihat sahaja bagaimana Jepun begitu memfokuskan pembangunan infrastruktur pengangkutan awam untuk rakyat. Di Tokyo sebagai contoh, majoriti warganya mengutamakan kenderaan awam dari sibuk bergaya dengan kenderaan persendirian.

    Namun, lain pula halnya dengan Malaysia. Sebaik sahaja Pakatan Harapan membentuk kerajaan, projek infra rakyat untuk pengangkutan awam seperti HSR, MRT 3 dan yang terbaru, jaringan rel baru Lembah Klang ke beberapa destinasi, dibatalkan. Lebih melucukan, Tun M semasa di Jepun mengumumkan rancangan membangunkan kereta nasional ketiga sebagai plan jangka panjangnya.

    Persoalannya, apa rasional pembangunan kereta nasional ketiga berbanding membangunkan pengangkutan awam yang umum sedia maklum akan mengurangkan kesesakan di kawasan bandar? Bukankah pembangunan infra rakyat ini akan memberi lebih manfaat kepada rakyat dari membazirkan beratus juta Ringgit membangunkan sesuatu yang hari ini kelihatan sudah tidak relevan?

    Baiklah, mari kita lihat ke Jepun kerana Dasar Pandang Ke Timur ini kembali dihidupkan. Di Jepun, mereka mempunyai Mitsubishi, Subaru, Honda, Tooyota, Dihatsu dan beberapa model lagi kenderaan yang mendapat pasaran luas ke peringkat antarabangsa. Malah, rakyat di negara ini sendiri begitu berbangga menayangkan deretan kereta Toyota Alphard, Wish dan beberapa model keluaran Jepun.

    Tidak pula kedengaran buat negara berkenaan, mereka merancang untuk menghasilkan jenama kereta baru. Yang ada hanyalah pengabungan teknologi antara pengeluar kereta disamping usaha gigih mereka membangunkan pengangkutan awam dan sistem rel di negara berkenaan.

    Sebaliknya di Malaysia, kita mahu membangunkan kereta nasional ketiga? Kenapa tidak perkasakan Proton selaku anak sulung negara dan Perodua yang sentiasa mendapat permintaan tinggi dalam kereta kompak di negara ini? Kenapa kerajaan tidak mencari peluang terbaik untuk memasarkan dua model ini ke pasaran antarabangsa?

    Paling menghairankan adalah, adakah berdosa sekiranya pembangunan HSR, ECRL, MRT3 ini diteruskan pembinaannya? Mudah untuk kita faham. Maksima penumpang bagi sebuah kereta adalah 11 orang (sekiranya menggunakan Hyundai Starex). Andai menggunakan sistem tren, sekurang-kurangnya, seribu orang dapat digerakkan dalam satu-satu masa.

    Secara logiknya, yang mana lebih efektif? Sudah tentu pengangkutan awam seperti tren dan perkhidmatan bas henti-henti jauh lebih efektif. Ini tidak, sibuk membangunkan kereta nasional ketiga sedangkan Proton sendiri yang sudah mencecah angka 33 tahun, masih gagal menjana keuntungan sendiri selain daripada mengharapkan bon dari kerajaan.

    Berhentilah dari terus mencipta sesuatu yang sudah tidak relevan lagi bagi pasaran otomotif negara. Dunia semakin maju kehadapan seiring dengan sistem pengangkutan awam. Andai kita masih ditakuk lama dengan mengutamakan kereta nasional, perlu ditekankan, kuasa membeli hari ini jauh lebih terbuka dan majoriti pekerja di bandar, lebih senang menggunakan kenderaan awam dan motosikal dari mempamerkan gaya membawa kereta personal.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Infrastruktur Untuk Rakyat Di Batal, Mahu Tambah Bebanan Baru Dengan Kereta Nasional? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top