My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 5 June 2018

    Hentam Najib Dan 1MDB Akan Dapat Sokongan Penuh PH?



    Tidak dapat dinafikan, antara punca kejatuhan BN, UMNO dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah deretan cerita fitnah melibatkan 1MDB. Pelbagai cerita palsu dan fitnah dicipta oleh pihak Pakatan Harapan hanya untuk memastikan BN, UMNO dan Datuk Seri Mohd Najib berjaya ditumbangkan. 

    Sebut sahaja apa jua cerita samada kisah isu derma RM 2.6 bilion yang kononnya datang dari SRC International, penyelewengan laporan kewangan 1MDB, keputusan yang diambil oleh pihak pengurusan 1MDB dan banyak lagi, semuanya dijadikan modal untuk Pakatan Harapan dalam setiap kempen dan ceramah yang mereka hadiri.

    Hari ini, misi mereka telah berjaya apabila UMNO, BN dan Datuk Seri Mohd Naib sudah berjaya ditumbangkan. Samada menerusi pengkhianatan dari ahli parti itu sendiri mahupun sokongan daripada rakyat, nampaknya anak-anak panah fitnah terhadap Datuk Seri Mohd Najib telah berjaya meracuni hati dan pemikiran rakyat.

    Hari ini, UMNO cuba kembali bangkit dari sisa-sisa kehancuran yang telah berlaku. Tidak dinafikan, banyak pemimpin yang dilihat mencalonkan diri mereka sebagai calon kepimpinan UMNO samada di peringkat Cawangan, Bahagian mahupun pusat. Cuma, apa yang menyedihkan, terdapat sebilangan mereka yang menjadikan Datuk Seri Mohd Najib sebagai kambing hitam dan modal kempen mereka.

    Sebagai contoh, lihat sahaja bagaimana bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang sudah acap kali mengeluarkan kenyataan yang menyalahkan Datuk Seri Mohd Najib dan isu 1MDB sebagai punca kekalahan UMNO dan BN.

    Malah, secara tidak sedar, dia sendiri seolah-olah membuka pekung kononnya memang wujud apa jua skandal yang berlaku terhadap bekas Presiden UMNO ini yang mana dia selaku Ketua Pemuda, gagal untuk menanganinya. Persoalannya disini, adakah Khairy sedar bahawa apa yang dia lakukan hari ini hanyalah menjarakkan rakyat dengan UMNO dan hanya mahu mencari popularitinya sahaja?

    Tidak hairanlah kelmarin, Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka mencadangkan nama Khairy sebagai calon Presiden UMNO kerana kritikan terbukanya terhadap Datuk Seri Mohd Najib dan 1MDB. Bagi kebanyakan pemerhati dalaman UMNO, mereka berpendapat, siapa sahaja yang lantang mengkritik 1MDB dan Datuk Seri Mohd Najib, maka dialah yang akan disokong oleh Pakatan Harapan.

    Tidakkah boleh sekiranya mana-mana calon termasuk Khairy yang ingin bertanding jawatan tertinggi UMNO, berpijak di bumi nyata dan cuba meraih sokongan dan undi dengan cara lebih terhormat? Kemukakan visi dan misi kalian untuk memantapkan kembali UMNO dari terus menerus mengikut rentak Pakatan Harapan yang sememangnya cuba menjadikan isu 1MDB sebagai modal mengalihkan perhatian rakyat terhadap tuntutan janji 10 janji 100 hari.

    Perlu diingatkan kepada mana-mana calon termasuk Khairy, dalam isu 1MDB, Timbalan Ketua Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tan Seng Giaw sendiri telah menyatakan, beliau kekal dengan kenyataannya bahawa kesilapan 1MDB adalah berpunca dari kesilapan dalam membuat keputusan dan bukannya pembabitan Datuk Seri Mohd Najib.

    Malah, Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull dalam satu kenyataannya kelmarin turut mengesahkan, wang RM 2.6 bilion yang kononnya datang dari SRC International adalah sumbangan dari Kerajaan DiRaja Arab Saudi dan ianya disahkan sendiri oleh kerajaan Arab Saudi baru-baru ini.

    Justeru ingin ditanyakan kepada Khairy, apa lagi helahnya mahu mengheret isu 1MDB dan kononnya wujud skandal oleh Datuk Seri Mohd Najib terhadap usahanya melobi untuk mendapatkkan jawatan di dalam UMNO? Rasanya ahli UMNO jauh lebih berminat untuk tahu, apa hala tuju UMNO selepas ini dari terus mengimbau kisah lama yang sudah tidak lagi relevan terhadap perjuangan UMNO.

    Perlu ditegaskan bahawa, kelompok yang begitu gemar bermain dengan isu membabitkan 1MDB dan SRC International ini adalah datangnya dari Pakatan Harapan yang membentuk kerajaan hari ini. Adakah Khairy turut mahu memanjangkan deretan fitnah yang telah menghancurkan UMNO dan BN hanya semata-mata jawatan? Jadilah seorang pejuang yang profesional...


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hentam Najib Dan 1MDB Akan Dapat Sokongan Penuh PH? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top