My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 1 June 2018

    10 Janji 100 Hari Bertukar Kepada 100 Hari Tanpa 10 Janji



    Memasuki hari ke22 sejak Pakatan Harapan membentuk kerajaan, semakin ramai dikalangan rakyat Malaysia sudah mula bersuara menuntut janji-janji pilihan raya yang terkandung di dalam 10 janji 100 hari manifesto Pakatan Harapan. Manakan tidak, dengan 10 janji utama inilah mereka berjaya membentuk kerajaan setelah mendapat sokongan kira-kira 8 juta pengundi.

    Bagi Barisan Nasional, sejak perlancaran manifesto ini pada 8 Mac yang lalu, ramai yang sudah menjangka, Pakatan Harapan tidak akan mungkin mampu melaksanakan apa yang telah mereka janjikan. Mereka boleh menjanjikan bukan danbintang tetapi tanpa mereka sedar, keadaan tidak mungkin akan mengizinkan mereka melaksanakan janji mereka walaupun sudah membentuk kerajaan.

    Hari ini, telahan berkenaan terbukti benar apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan semalam bahawa 10 janji dalam tempoh 100 hari yang terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan berkenaan terpaksa ditangguh sehingga keadaan ekonomi negara berada dalam keadaan stabil.

    Apa rasanya setelah menerima janji yang begitu indah secara tiba-tiba apa yang dijanjikan itu, hilang begitu sahaja? Pedih bukan? itulah yang dirasai kini. Mungkin bagi kalangan pentaksub mereka, mereka bersimpati dengan nasib kerajaan kononnya mewarisi hutang negara yang begitu tinggi sehingga segala janji terpaksa di tunda.

    Namun, sedarkah bahawa, hutang negara yang kononnya berjumlah lebih RM 1 trilion itu hanyalaha mainan propaganda kerajaan bagi memburukkan bekas kerajaan BN sebelum ini? Malah, dua kenyataan dari Menteri Kewangan dan salah seorang kaunsil yang dilantik sendiri sudah mengesahkan keadaan ekonomi negara berada pada kedudukan kukuh dengan kadar hutang negara kekal terkawal dan tidak membawa negara kearah negara muflis.

    Mari kita rening sejenak beberapa bulan yang lalu sewaktu kerajaan Barisan Nasional masih menjadi kerajaan. Dengan kadar hutang yang sama, bebanan yang sama, kerajaan BN masih mampu menyalurkan sumbangan kepada rakyat, membangunkan infrastruktur serta berusaha menyiapkan beberapa projek mega bagi keperluan seluruh rakyat.

    Hari ini, mereka hanya memasuki Putrajaya dengan mewarisi hutang yang sama dengan kedudukan kewangan yang amat kukuh serta teras ekonomi yang stabil, tetapi memberitahu rakyat mereka tidak mampu tunaikan 10 janji mereka sebelum ini? Adakah mereka sekarang sedang cuba melarikan diri dari tanggungjawab mereka sendiri?

    Nampaknya, lebih 8 juta pengundi mereka tertipu hidup-hidup. Tidak ada 10 janji dalam tempoh 100 hari. Tidak ada sebarang penurunan harga barang dalam tempoh terdekat. Tidak ada pemansuhan bayaran balik PTPTN seperti yang mereka war-warkan. Tidak ada Skim Peduli Sihat dan paling utama,tidak mungkin harga pasaran petrol sebanyak RM 1.50 bakal dilaksanakan.

    Jika ada yang merasakan diri mereka tertipu, nasihat paling mudah adalah, bersabarlah untuk 5 tahun yang akan datang. Kalian telah memberi kepercayaan kepada orang yang salah untuk menerajui negara dan tanggunglah akibat hasil daripada kesilapan memilih ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 10 Janji 100 Hari Bertukar Kepada 100 Hari Tanpa 10 Janji Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top