My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 20 June 2018

    Maafkan Atok Cuai



    SIKAP cuai lelaki warga emas tidak memberhentikan kenderaan dipandunya ketika kereta api berada di landasan, punca berlaku kemalangan di Simpang Empat Landasan Rata Keretapi Takis Majakir, Papar, semalam. 

    Lelaki berusia 73 tahun yang memandu Proton Saga itu dikatakan cuba melintas landasan ketika kereta api itu dalam perjalanan dari Beaufort ke Kota Kinabalu.

    Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Ladamah Sulaiman berkata, kejadian kemalangan membabitkan dua kenderaan itu tidak membabitkan kemalangan jiwa. "Kereta api yang bergerak dari arah Beaufort menghala ke Kota Kinabalu terlanggar kereta yang tidak berhenti ketika cuba melintas landasan itu.

    "Akibat kejadian itu, kereta yang dipandu lelaki terbabit dirempuh di bahagian belakang sehingga mengalami kerosakan teruk, namun tiada sebarang kecederaan dialami kedua-dua pihak," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Ladamah berkata lagi, kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

    Ladamah turut menasihatkan supaya pengguna jalan raya yang mahu melintas landasan kereta api supaya lebih peka dengan keadaan sekeliling terutamanya ketika kereta api berada di landasan. 

    "Pemandu perlu berhati-hati dan peka apabila melintas di landasan kereta api yang kadang-kadang lampu isyarat atau pagar di laluan itu tidak berfungsi. Pemandu harus memberhentikan kenderaan ketika kereta api berada di landasan bagi mengelak kejadian sama berulang," katanya menambah kejadian seperti itu pernah berlaku sebelum ini di daerah berkenaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Maafkan Atok Cuai Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top