My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 12 June 2018

    Tidak Mungkin Tun M Hanya Jadi PM Untuk 2 Tahun Sahaja



    Sejak dicalonkan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad kerap kali mendakwa, beliau hanya mahu menjadi Perdana Menteri hanya untuk dua tahun pertama sahaja sebelum beliau menyerahkan tampuk pemerintahan kepada pengganti beliau.

    Dakwa beliau, cukup hanya dua tahun beliau memulihkan keadaan negara dari segenap aspek yang didakwanya telah rosak teruk di bawah pentadbiran kerajaan BN. Samada dari segi ekonomi, politik, kestabilan negara mahupun keadaan semasa, beliau kerap kali mendakwa  Malaysia berada pada keadaan paling teruk sejak beliau meninggalkan tampuk pemerintahan, 15 tahun yang lalu.

    Hakikatnya, belum pun mencecah angka 50 hari pentadbiran, satu persatu fakta sebenar terbongkar. Isu utama yang kerap dimainkan Pakatan Harapan kononnya berlaku skandal besar 1MDB, sehingga hari ini masih gagal dibuktikan kebenarannya oleh SPRM dan SPRM sedangkan sejak 27 hari yang lalu, satu persatu serbuan dan rampasan di buat oleh kedua-dua agensi ini.

    Dakwaan kononnya ekonomi Malaysia bakal musnah juga tidak terjadi apabila badan bebas antarabangsa masih kekal dengan laporan, perkembangan ekonomi Malaysia sebelum 9 Mei yang lalu berada pada tahap terbaik. Malah, salah seorang kaunsil penasihat kerajaan, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dua kali mengeluarkan kenyataan, ekonomi Malaysia berada pada tahap paling kukuh.

    Menyentuh hutang negara pula, Tun M dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sendiri bertelagah mengenai jumlah sebenar hutang negara. Di pihak Tun M, beliau mendakwa hutang negara mencecah angka RM 1 trilion manakala Lim Guan Eng mendakwa, hutang negara adalah RM 686.8 bilion yang mana jumlah ini selari dengan laporan kewangan negara dan laporan kewangan badan penakrif ekonomi antarabangsa.

    Melihat kepada beberapa rentetan ini, dakwaan kononnya Tun M hanya mahu menjadi Perdana Menteri selama dua tahun, tidak mungkin akan beliau tunaikan. Tambahan pula kelmarin, beliau secara terbuka menyatakan, beliau mungkin akan kekal lebih lama sebagai Perdana Menteri dan kali ini menggunakan alasan, sekiranya rakyat masih menyokong usahanya merubah negara.

    Dari sudut politik pula, beliau pastinya sedar bahawa di bawahnya hari ini terdapat satu nama yang kerap kali menjadi antara nama yang menjadi fobia bagi dirinya. Orang yang dimaksudkan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga seorang Ketua Umum bagi Pakatan Harapan, gabungan parti yang mengangkat Tun M sebagai Perdana Menteri.

    Beliau sudah tentu sedar, Datuk Seri Anwar boleh memberi pelbagai tekanan kepada beliau untuk kekal berkuasa. Tambahan pula, umum sedia maklum bahawa antara impian terbesar PKR dan dirinya sendiri adalah mengangkat dirinya sebagai Perdana Menteri. Peluang berkenaan dilihat semakin hampir hari ini terutama PKR memperolehi kerusi paling banyak di dalam Pakatan Harapan.

    Sudah semestinya, agenda peribadi Tun M untuk kekal berkuasa dan menyerahkan kuasanya kepada individu yang dipilih (dalam hal ini, Datuk Seri Mukhriz adalah pilihannya) akan menjadi keutamannya. Bolehlah dianggap, peluang untuk Datuk Seri Anwar menyambar kerusi Perdana Menteri, masih terlalu jauh untuk digapai.

    Tambahan pula, semasa Konvensyen Pakatan Harapan, Disember lalu, Tun M sendiri dilihat seperti enggan mengiktiraf peluang Datuk Seri Anwar untuk menjadi Perdana Menteri keran abeliau langsung tidak mengangkat playcard yang menayangkan nama Datuk Seri Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

    Inilah yang berlaku di dalam sistem politik carca merba Pakatan Harapan hari ini. Untuk kekal dengan kepercayaan kononnya Tun M akan melepaskan jawatannya dalam tempoh 2 tahun, tidak mungkin akan berlaku. Pastinya, beliau mahu mengekalkan kuasa yang ada pada dirinya untuk tempoh yang hanya beliau sendiri akan tentukan. Bukan parti, bukan Datuk Seri Anwar mahupun sesiapa sahaja.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tidak Mungkin Tun M Hanya Jadi PM Untuk 2 Tahun Sahaja Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top