My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 4 June 2018

    Yang Dibuang Terus Dibuang, Bonus Pula Belum Kunjung Tiba



    Hampir sebulan masa berlalu sejak kemenangan Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu. Sebagai sebuah negara yang menjunjung tinggi amalan demokrasi, kemenangan Pakatan Harapan ini diterima dengan hati terbuka tanpa ada berlaku sebarang ketegangan yang boleh memburukkan keadaan negara.

    Perlu diakui bahawa 10 janji dalam tempoh 100 hari seperti yang terkandung di dalam Manifesto Pakatan Harapan yang dilancarkan pada 8 Mac yang lalu, memang berjaya mencuri perhatian rakyat sehingga mereka menerima mandat untuk membentuk kerajaan untuk 5 tahun yang akan datang.

    Namun, dalam tempoh 26 hari pembentukan mereka sebagai kerajaan, tidak ada satupun daripada 10 janji yang mereka mahu laksanakan dalam tempoh 100 hari, dilaksanakan sepenuhnya. Pelbagai helah ditunjukkan kepada rakyat dengan pelbagai alasan juga turut di berikan.

    Antara alasan yang paling melucukan adalah, kegagalan kerajaan melaksanakan 10 janji berkenaan adalah disebabkan oleh kehancuran Barisan Nasional. Apa kena mengena Barisan Nasional dengan janji yang mereka tabur?

    Disamping kegagalan mereka menunaikan janji-janji mereka, kira-kira 17 ribu penjawat awam berstatus kontrak, telah kehilangan kerja seawal 1 Ramadhan yang lepas. Hari ini, tidak diketahui nasib kesemua 17 ribu orang berkenaan samada mereka mampu ataupun tidak mencari pekerjaan yang baru disaat seluruh umat Islam hari ini dalam rangka persiapan menyambut 1 Syawal.

    Bagi penjawat awam yang kekal dalam perkhidmatan awam, mereka pastinya tertunggu-tunggu janji untuk menikmati bonus Hari Raya Aidilfitri seperti mana yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan sekiranya berjaya membentuk kerajaan. Hakikatnya, mereka hanya menerima RM 400 sahaja dan itupun bukan semua orang dapat. Hanya mereka yang berada di Gred 41 dan kebawah sahaja yang menerimanya.

    Hari ini, diberitakan, seramai 600 orang kadet wanita polis yang telah berjaya menjalani sesi temuduga, turut dibekukan pengambilan mereka. Malah,berita terbaru yang diterima dari Kementerian Pelajaran, guru dan kakitangan sokongan sekolah juga bakal ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang 30 Jun ini.

    Lebih hebat lagi, kerajaan juga turut mengenal pasti kakitangan awam yang masih sibuk berpolitik dengan terus menyokong BN. Dalam beberapa kenyataan, kerajaan bakal mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kakitangan awam yang masih berpolitik dan menyokong BN. Di mana hak kebebasan bersuara yang sering mereka laungkan sebelum ini?

    Sebelum ini, semasa mereka masih lagi menjadi pembangkang, mereka juga yang begitu giat mengkritik dasar kerajaan yang enggan kakitangan awam terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam politik dengan menyokong mereka. Hari ini, setelah membentuk kerajaan, mereka pula cuba menghalang apa yang mereka sanjung sebelum ini?

    Paling menyedihkan adalah warga FELDA, FELCRA dan RISDA yang kehilangan keistimewaan yang mereka perolehi semasa bernaung di bawah kerajaan BN. Tidak ada lagi bonus dan bantuan hari raya yang mereka terima saban tahun setelah kerajaan baru ini mengambil alih tampuk pemerintahan.

    Dalam bebarapa laporan, mereka seolah-olah menjadi pengemis merayu kerajaan menyalurkan bantuan khas kepada mereka. Tidak adakah rasa belas ihsan kerajaan untuk meringankan persiapan warga FELDA, FELCRA dan RISDA ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri? Di mana janji mereka yang kononnya akan membela nasib warga FELDA, FELCRA dan RISDA?

    Malang sekali buat warga Malaysia yang begitu terpengaruh dengan dakyah kononnya mereka mahu menyelamatkan Malaysia. Malang sekali buat warga Malaysia yang mengharapkan keadaan akan jauh lebih baik tetapi apa yang berlaku hari ini, ianya jauh lagi teruk dari sebelumnya. Kini, apa yang boleh kita buat, tunggu sahajalah penggal ini berakhir sebelum perubahan mampu dilaksanakan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Yang Dibuang Terus Dibuang, Bonus Pula Belum Kunjung Tiba Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top