My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 25 June 2018

    Video Muzik Jadi Kegilaan



    Setiap tahun pasti ada tarian atau aksi yang menjadi ikutan orang ramai sehingga tular di media sosial. Begitu juga dengan muzik dan sudah ada beberapa lagu yang menjadi kegilaan ramai sama ada pendengar di dalam atau luar negara. Namun, bukan semua lagu yang kini tular mencapai jumlah tontonan tinggi untuk video muzik di YouTube. 

    Berikut antara 10 video muzik rasmi lagu Inggeris paling popular di YouTube sebaik pelancarannya di platfom itu.

    Despacito - Luis Fonsi (5.9 bilion)

    Lagu ini boleh dikatakan terlampau popular sehingga digubah menjadi banyak versi termasuk dalam bahasa Melayu. Dalam tempoh 97 hari pelancarannya di YouTube, video muzik lagu ini mencecah satu bilion tontonan pada 20 April tahun lalu. Ia menjadi video muzik kedua paling viral selepas lagu Hello nyanyian Adele.

    See You Again - Wiz Khalifa & Charlie Puth (3.6 bilion)

    Runut bunyi filem Furious 7 ini dihasilkan sebagai ‘tribute’ kepada bintang Fast Furious, Paul Walker yang meninggal akibat kemalangan jalan raya. Lagu itu menjadi tular dan menyumbang kepada satu bilion tontonan di YouTube dalam tempoh 181 hari.

    Tidak lama kemudian, See You Again berjaya merampas kedudukan Gangnam Style sebagai video muzik paling banyak ditonton di YouTube. Bagaimanapun, selepas 24 hari, See You Again diatasi oleh video muzik Despacito yang kini mempunyai lebih 5.9 bilion tontonan.

    Gangnam Style - PSY (3.1 bilion)

    Daripada golongan tua hingga kanak-kanak, tarian serta lagu Gangnam Style nyanyian penyanyi Korea Selatan ini berjaya mencetuskan fenomena luar biasa di Malaysia suatu ketika dulu. Dalam video muzik, Psy melakukan tarian kuda sambil menyebut perkataan Oppa Gangnam Style. 

    Berikutan populariti luasnya ke serata dunia, lagu berkenaan berjaya memasuki carta muzik antarabangsa. Oppa Gangnam Style turut mencipta sejarah apabila menjadi video muzik pertama mencapai satu bilion tontonan di YouTube pada November 2012, sekali gus menewaskan lagu Baby nyanyian Justin Bieber.

    Hello - Adele (2.3 bilion)

    Single ini mencapai kejayaan besar apabila sebanyak satu juta unit dijual dalam tempoh satu minggu pelancaran pada Oktober 2015. Dalam video muzik Hello, Adele kelihatan seolah-olah membuat panggilan telefon sambil menyanyi. Babak itu menyebabkan ada pihak menggabungkan single itu dengan lagu Lionel Richie yang juga berjudul Hello.

    Watch Me (Whip/Nae Nae) - Silento (1.5 bilion)

    Video muzik lagu ini dimuat naik di YouTube pada 6 September 2015 tular kerana memaparkan tarian unik yang turut diikuti peminat. Berlatarkan gimnasium sebuah sekolah, video muzik ini memperlihatkan Silento menari sambil diiringi penari, kumpulan sorak dan peminat. Lagu terbabit berjaya berada di kedudukan ketiga dalam carta muzik Billboard Hot 100 selama enam minggu. 

    Tarian Baby Shark (1.4 bilion)

    Baby Shark adalah lagu kanak-kanak yang mengisahkan sekumpulan keluarga ikan yu. Bagaimanapun, kerancakan melodi, tarian dan lirik ringkas menyebabkan Baby Shark turut popular dalam kalangan dewasa. Buat masa ini Baby Shark menjadi video bukan muzik keempat paling terkenal di YouTube.

    Hotline Bling - Drake (1.4 bilion)

    Gaya menari Drake yang digambarkan sebagai bodoh dalam video muzik ini menyebabkan beberapa netizen muncul dengan pelbagai parodi lucu. Bahkan, ada yang turut menghasilkan video mengikuti gaya tarian Drake. Selain tersenarai di kedudukan atas dalam beberapa carta muzik antarabangsa, Hotline Bling turut memenangi anugerah Lagu Rap/Hip Hop Terbaik Anugerah Muzik Amerika 2016.

    Axel F - Crazy Frog (1.2 bilion)

    Lagu tema instrumental elektronik filem Beverly Hills Cop pada 1984 ini disusun semula oleh Crazy Frog. Pada 2005, Axel F mengunguli carta muzik United Kingdom pada 2005 serta di beberapa negara eropah. Walaupun lagu ini sudah lama, ia masih dimainkan pendengar serata dunia sehingga hari ini.

    Bad Blood - Taylor Swift (1.2 bilion)

    Taylor Swift sememangnya terkenal menghasilkan lagu hit yang menjadi siulan ramai. Begitu juga dengan Bad Blood yang dilancarkan pada 2015 dan video muzik lagu itu menampilkan ramai rakan selebriti Swift. Dalam tempoh 24 jam, video muzik Bad Blood ditonton lebih 20.1 juta kali.

    Havana - Camila Cabello (1.1 bilion)

    Judul lagu ini berdasarkan tempat kelahiran Cabello yang adalah bekas anggota Fifth Harmony iaitu bandar Havana di Cuba. Berikutan popularitinya, Havana menjadi lagu pertama penyanyi wanita mengunguli tiga carta berbeza dalam muzik Billboard.

    Selain itu, ada pihak turut menghasilkan klip video ayam getah dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump membuat nyanyian semula lagu itu. Di YouTube, video rasmi Havana ditonton sebanyak 601 juta kali manalaka versi audio kini mencecah 1.1 bilion.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Video Muzik Jadi Kegilaan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top