My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 4 June 2018

    Untung Pertama Dalam Dua Dekad




    Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dijangka memperoleh keuntungan pertamanya selepas hampir dua dekad mencatatkan kerugian. KTMB yang mencatatkan kerugian hampir RM3 bilion sejak ia dikorporatkan pada tahun 1992, dijangka mengumumkan keuntungan bersih bagi 2017. 

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, penyumbang utama keuntungannya adalah melalui jualan tiket penumpang. Mohd Rani menjangkakan KTMB akan terus mendapatkan keuntungan tahun ke tahun melalui Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan perkhidmatan ulang-alik di antara Johor Bahru serta Woodlands di Singapura.

    KTMB juga, katanya akan memanfaatkan perniagaan kargo untuk memastikan pertumbuhannya. “Pertama kali menjejakkan kaki menyertai KTMB, saya sedar perkara utama yang perlu dilakukan terlebih dulu bukanlah transformasi perniagaan, tetapi mengenai transformasi budaya dan sikap bekerja.

    “KTMB mempunyai sekitar 5,700 orang pekerja dan perkara pertama saya lakukan adalah menangani kehendak serta memahami keperluan pekerja dan kesatuan. Dengan cara itu, kita semua dapat memahami persekitaran syarikat dan berusaha ke arah yang lebih baik mengenai peranan dan fungsi serta pada masa sama merangka agenda bersama membangunkan dan mengembangkan syarikat. 

    “Kita perlu memastikan KTMB bergerak sebagai entiti perniagaan. Terdapat petunjuk prestasi utama (KPI) berasaskan prestasi untuk semua orang,” katanya.

    Mohd Rani berkata, apabila terdapat virus yang tidak baik (sikap) di syarikat, mereka yang berjangkit dan tidak berusaha menambah baik prestasi akan diminta untuk meninggalkan syarikat. “Kita perlu mengukur dan meningkatkan produktiviti dengan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kos setiap pekerja,” katanya.

    Mohd Rani yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KTMB berkuat kuasa 15 September 2017 adalah lulusan Universiti Northrop, Amerika Syarikat dan pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif KL Airport Services Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Pos Aviation Services Sdn Bhd) di bawah DRB-Hicom Bhd.

    KTMB yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan mencatatkan kerugian sejak dikorporatkan pada 1992. Ia mencatatkan keuntungan bersih antara RM9 juta dan RM15 juta dari tahun 1993 hingga 1995 sebelum mula mencatatkan penurunan sejak tahun 1996 serta sudah berusaha selama hampir dua dekad untuk mengubah prestasinya.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Untung Pertama Dalam Dua Dekad Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top