My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 12 June 2018

    Akibat Terlupa Padam Lilin



    TERLUPA memadamkan lilin dipercayai punca kebakaran mengakibatkan pasangan warga emas di Kampung Adong Pinawantai, di Kudat, tinggal sehelai sepinggang. Dalam kejadian 10.15 malam semalam, pasangan berusia 70-an itu tidak sempat menyelamatkan perabot, dokumen serta barangan antik milik mereka apabila api marak dengan cepat. 

    Cucu mangsa dikenali sebagai Rici, 32, berkata, rumah pasangan itu mengalami gangguan bekalan elektrik dan mereka menggunakan lilin namun terlupa memadamkannya sebelum ke rumah anak mereka yang tinggal berjiran.

    “Api mula merebak dari dapur dan disedari jiran lain, namun usaha penduduk untuk memadamkannya menggunakan air baldi tidak berhasil. Penduduk juga gagal menyelamatkan barangan berharga kerana api merebak dengan cepat.

    “Penduduk bertungkus-lumus memadam api sementara menunggu ketibaan bomba tetapi hanya haiwan ternakan sahaja dapat diselamatkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Ishak Jabas, berkata, sebaik menerima panggilan pada 10.21 malam, seramai 15 anggota termasuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) serta dua jentera dihantar ke lokasi kejadian.

    “Sebaik tiba, bomba mendapati api sedang marak pada rumah berkenaan dan pasukan bomba segera melakukan operasi pemadaman. Tiada mangsa cedera manakala punca kejadian serta jumlah kerugian masih disiasat,” katanya. Ishak berkata, operasi ditamatkan pada jam 12.01 tengah malam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Akibat Terlupa Padam Lilin Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top