My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 11 June 2018

    Sembelih Binatang, Bukan Sembelih Anak



    Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyembelih anak perempuannya yang berusia empat tahun untuk dijadikan sebagai korban sempena Ramadan. Kanak-kanak malang dikenali sebagai Rizwana itu ditemui mati oleh ibunya dalam keadaan berlumuran darah di rumah mereka di Pipad, daerah Jodhpur, India pada Jumaat lalu. 

    Times of India melaporkan, suspek, Nawab Ali Qureshi, 26, yang disoal siasat polis, membuat pengakuan bahawa dia menyembelih anaknya untuk dijadikan korban.

    Jurucakap polis berkata, Rajan Dushyant, sebelum kejadian, lelaki itu sempat membawa anaknya ke pasar dan membeli pelbagai barangan, selain memberitahu kanak-kanak itu dia terlalu menyayanginya.

    “Ketika keluarga mereka nyenyak tidur malam Khamis, dia membawa anaknya ke sebuah bilik di tingkat bawah sambil membacakan sesuatu lalu menyembelih mangsa. Kemudian dia kembali ke tempat tidur.

    “Kira-kira jam 5 pagi selepas itu, isterinya tersedar dan mendapati Rizwana hilang. Dia mencari di sekitar rumah dan menemui anaknya terbaring di bilik bawah,” katanya.

    Katanya, mangsa segera dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia. “Suspek yang menjalankan perniagaan menjual daging pada mulanya cuba meyakinkan keluarganya bahawa mangsa mungkin dibunuh oleh kucing.

    “Bagaimanapun, isterinya tidak berpuas hati dan membuat laporan polis mendakwa anaknya mati akibat dibunuh,” jelas jurucakap itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sembelih Binatang, Bukan Sembelih Anak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top