Baru-baru ini, gergasi gajet, Apple menganjurkan Persidangan Pembangun Sedunia Apple 2018 (WWDC 2018) yang berlangsung di San Jose, Amerika Syarikat. Menariknya, di sebalik kegilaan manusia terhadap gajet, Apple membuka jalan penyelesaian untuk mengawal masa penggunaan dengan peranti iOSnya.
Ciri terbaru dalam iOS 12 nanti mempunyai tiga ciri menarik iaitu ‘Activity Reports’, ‘App Limits’ dan notifikasi ‘Do Not Disturb’ yang dikemas kini. Naib Presiden Kanan Kejuruteraan Perisian Apple Craig Federighi, berkata sistem operasi terbaru itu mahukan manusia berinteraksi secara berhemah dengan gajet mereka.
“Tiga ciri baru terbabit membenarkan pengguna melihat masa yang dihabiskan dengan aplikasi dan laman web, kekerapan menggunakan iPhone atau iPad serta cara menerima notifikasi baru,” katanya.
Ciri Do Not Disturb misalnya akan menutup notifikasi seperti WhatsApp dan e-mel apabila pengguna mula tidur dan hanya akan diaktfkan semula selepas pengguna bangun berasaskan lokasi yang ditetapkan secara automatik Manakala ciri Activity Reports memungkinkan laporan tempoh penggunaan aplikasi.
Pengguna kemudiannya boleh menentukan sendiri masa untuk aplikasi tertentu misalnya hanya mahu membuka Instagram untuk tempoh sejam sehari. Selepas tempoh sejam, aplikasi akan ditutup dan tidak lagi boleh diakses. WWDC 2018 menyaksikan Apple juga fokus kepada pembangunan realiti maya (AR) melalui sistem operasi terbarunya termasuk iOS, macOS dan watchOS.
Antaranya, ciri memoji untuk iOS 12 dan macOS Mojave antara ciri baru yang mencuri tumpuan dalam WWDC 2018. Memoji membolehkan anda merubah emotikon wajah sendiri kepada animasi. Sistem baru untuk MacBook dan iMac pula memperlihatkan sistem operasi Mojave yang menampilkan antaramuka kemas dan minimalis.
Buat pertama kali juga, FaceTime kini boleh berlangsung secara berkumpulan dengan lebih 32 individu menyertai sembang video serentak. Fokus kepada AR, WWDC 2018 mencuri tumpuan dengan pelbagai game berasaskan 3D bakal diperkenalkan. Jam pintar Apple juga lebih maju apabila pengguna boleh menggunakan ciri seakan walkie talkie untuk berbual terus melalui Apple Watch.
Aplikasi natif untuk iOS, Measure bertindak secara AR diperkenalkan yang mampu mengukur objek di kamera. “Photo dalam iOS yang pantas dengan indeks lebih empat juta acara seperti konsert, percutian dan sebagainya,” kata Federighi.
Terdapat tab baru dinamakan For You manakala cara kongsi foto baru dengan Sharing Suggestions memudahkan anda berkongsi foto bersama rakan lain. Semua kemas kini baru ini boleh dipindah turun bermula September nanti namun versi beta sudah boleh dicuba bermula sekarang.
Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook mengumumkan tujuh pembaharuan utama untuk iOS, macOS dan watchOS. “WWDC 2018 adalah persidangan utama pembangun apabila tujuan utamanya lebih kepada pengumuman berkaitan perisian untuk makluman mereka,” kata Cook.
Cook berkata, App Store akan menjangkau 10 tahun usianya pada bulan depan dan sehingga kini, lebih 500 juta lawatan ke App Store setiap minggu dengan lebih RM390 bilion dibayar kepada pembangun setakat ini. “Swift adalah platform terbaik untuk pengekodan bagi pembangunan aplikasi
“Ia (pengekodan) cara terbaik untuk berfikir secara kreatif dan mudah digunakan,” kata Cook. iOS 12 menampillkan prestasi dua kali ganda yang dipertingkatkan.
0 comments:
Post a Comment