My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 11 June 2018

    Kemenangan Ke-50 Vettel



    SEBASTIAN Vettel meraih kemenangan ke-50 dalam kariernya dan mengambil semula kedudukan pendahulu kejuaraan dunia tahun ini awal pagi tadi apabila dia menamatkan dominasi Lewis Hamilton di Grand Prix Kanada. 

    Juara dunia empat kali dari Jerman itu memandu jentera Ferrari miliknya tanpa masalah untuk menukar kedudukan petak pendahulu ke-54 kepada kejayaan di depan pemandu Finland, Valtteri Bottas dari Mercedes dan pemandu Belanda, Max Verstappen yang berkedudukan ketiga buat Red Bull.

    Kemenangan ketiga Vettel musim ini memberikannya 121 mata di depan Hamilton yang mengumpul 120 selepas tujuh perlumbaan, menamatkan harapan juara dunia empat kali itu untuk menyamai rekod tujuh kemenangan di Circuit Gilles Villeneuve ketika dia berada di petak depan sejak tiga tahun lalu.

    Ia adalah kemenangan pertama Ferrari di Kanada sejak 2004 dan ia hadir daripada petak pendahulu pertama di sana sejak 17 tahun. Ia juga adalah kemenangan kedua Vettel di Kanada sejak menang pada 2013 buat Red Bull.

    Pemandu Australia, Daniel Ricciardo, yang merakam masa terpantas pada pusingan terakhir, berjaya bertahan daripada tekanan akhir Hamilton dan mengekalkan tempat keempat di depan pemandu England itu yang melebarkan pungutan matanya kepada 32 mata. Pemandu Finland, Kimi Raikkonen menamatkan saingan di tangga keenam bersama jentera kedua Ferrari.

    Pemandu Jerman, Nico Hulkenberg ketujuh di depan rakan sepasukan Renault dari Sepanyol, Carlos Sainz, pemandu Perancis, Esteban Ocon dari Force India dan Monegasque Charles Leclerc dari Sauber.

    “Sempurna adalah cara terbaik menggambarkannya,” kata Vettel. “Saya kata semalam bahawa tempat ini memberi makna yang besar kepada Ferrari dan berlumba seperti ini adalah sesuatu yang sukar dipercayai.

    “Selepas banyak berlumba di sini tanpa kemenangan buat Ferrari, saya melihat sekeliling dan orang sangat gembira. Ia memberi makna yang besar. Perjalanan masih panjang untuk musim ini dan saya tidak terganggu dengan gelaran ketika ini, tetapi ia sesuatu yang bagus buat saya.”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kemenangan Ke-50 Vettel Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top