My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 4 June 2018

    Tidak Lama Lagi, Melayu Bakal Menumpang Di Tanahair Sendiri



    Sejak dari awal kemerdekaan negara, ramai para pemimpin Melayu seringkali bersuara mengenai kebimbangan mereka bahawa Tanah Melayu yang hari ini kita kenali sebagai Malaysia bakal tergadai akibat ketamakan dan kerakusan anak bangsanya sendiri. Kerap kali kita dengari pesanan mereka, jagailah dan warisilah satu-satunya hak dan harta kita di Tanah Melayu ini.

    Sejak turun temurun, kaum Melayu berpegang teguh kepada pesanan ini. Tidak hairanlah apabila wujudnya UMNO pada 11 Mei 1946, wadah perjuangan Melayu menerusi satu parti politik semakin mengukuh. Sokongan yang diterima bukan sahaja dari kaum Melayu, malah sokongan juga turut diterima oleh kesemua 9 orang Raja-Raja Melayu yang menjadi tunjang kepada negara.

    Namun, siapa sangka, disaat kemajuan dan kemodenan semakinmenghimpit pegangan tradisi, kaum Melayu kini benar-benar berhadapan ancaman yang cukup serius. Selama lebih 500 tahun sejak kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka, kedudukan kaum Melayu di tanahair sendiri kini sudah mula menimbulkan tandatanya.

    Adakah masih ada lagi pemilikan hak atas tanah yang dahulunya di panggil Tanah Melayu ini di masa hadapan? Adakah masih ada istilah Ketuanan Melayu pada masa hadapan? Paling utama, adakah anak dan cucu serta cicit kita akan merasainilai eksklusif milik kaum Melayu di atas tanahair mereka sendiri? Melihat kepada keadaan semasa hari ini, jawapannya besar kemungkinan, tidak mungkin berlaku.

    Hari ini, satu persatu milik kaum Melayu sudah diambil samada secara sedar mahupun tidak. Sebelum ini, kaum Melayu banyak menyandarkan harapan kepada UMNO untuk memperjuangkan nasib mereka namun hari ini, UMNO yang dibangunkan di kaki Istana Johor, telah begitu hampir dikuburkan.

    Sejak itu, satu persatu hak milik Melayu mula terancam dan paling memberi kesan adalah ancaman pembubaran Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM). Apalah dosa JAKIM sehingga kerajaan hari ini tergamak untuk mengkaji semula peranan yang dimainkan oleh satu agensi yang menjaga kebajikan umat Islam di negara ini? Adakah bagi mereka, JAKIM membiakkan pengganas Daesh?

    Kini, hak menjadi Peguam Negara juga turut mula cuba diruntuhkan. Secara amnya, kerajaan hanya boleh mencadangkan nama bakal Peguam Negara dan adalah menjadi hak milik eksklusif Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong dengan nasihat Majlis Raja-Raja untuk menerima usul dan melantik seseorang itu untuk diangkat menjadi Peguam Negara.

    Namun, sejak beberapa hari ini, ianya tidak berlaku seperti sebelum-sebelumnya. Pihak Kerajaan dilihat begitu mendesak pihak Istana untuk menerima usul mereka. Sehinggakan, dalam beberapa kenyataan yang dikeluarkan, ianya kelihatan seperti sengaja mencetuskan kemurkaan istana terhadap kerajaan.

    Paling utama, ini adalah kejadian kedua ketegangan wujud antara Istana dan kerajaan dan lebih menariknya, ketegangan ini wujud antara Perdana Menteri yang sama dengan institusi istana yang berlainan iaitu Istana Johor dan Istana Kelantan.

    Mari kita lihat, peranan besar yang dimainkan oleh seorang Peguam Negara.Selain daripada menjadi penasihat kepada kes-kes komersial, seorang peguam negara juga adalah penasihat perundangan bagi kes-kes Syariah terhadap Yang DiPertuan Agong dan kerajaan.

    Di samping itu, seorang Peguam Negara juga mempunyai hak untuk menjadi pendakwa raya terhadap Mahkamah Khas yang membicarakan kesalahan mana-mana Sultan dan kerabatnya di mahkamah.

    Bayangkan andai seorang peguam negara dilantik dari mereka yang bukan Islam, bagaimana individu berkenaan boleh menjalankan tugasnya dalam menasihati perundangan syarie sedangkan ianya jauh lebih baik dilakukan oleh peguam negara yang datangnya dari kaum Melayu dan beragama Islam?

    Bagaimana pula halnya sekiranya seorang peguam negara yang dilantik itu menjadi pendorong kepada jatuhnya institusi beraja negara? Bukankah Malaysia akan bertukar menjadi sebuah negara Republik? Paling teruk sekali, satu-satunya tali yang masih dipegang oleh kebanyak kaum Melayu iaitu Raja-Raja Melayu, akhirnya berjaya diputuskan oleh mereka yang begitu mengidamkan Malaysia.

    Andai ini berlaku, kemanakah hala tuju kaum Melayu? Bukankah pada ketika itu kaum Melayu bakal menumpang atas tanahairnya sendiri? Bukankah pada ketika itu, kita hanya mampu memandang sayu, tanah yang diamanahkan oleh orang-orang tua kita dahulu, dirampas satu persatu tanpa mempedulikan untung nasib kita?

    Siapa lagi yang mampu diharapkan oleh kaum Melayu sekiranya perkara sedemikian berlaku? Kaum Melayu sudah kehilangan UMNO.Kaum Melayu sudah mula kehilangan pegangan dalam kerajaan.Kaum Melayu sudah mula hilang kekuatan politik di dalam Parlimen dan hari ini, harapan terakhir kaum Melayu bertahan menerusi Raja-Raja Melayu juga sudah mula diancam.

    Malangnya, kaum Melayu masih belum sedar.KaumMelayu masih suka bertelagah antara satu sama lain. Kaum Melayu masih gemar menikam antara satu sama lain. Paling menyedihkan, kaum Melayulebih rela menggadaikan maruah bangsanya hanya untuk wang dan kuasa. Jadi untuk soalan diatas, benar, tidak lama lagi, kaum Melayu akan merempat dan menumpang atas tanahairnya sendiri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tidak Lama Lagi, Melayu Bakal Menumpang Di Tanahair Sendiri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top