My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 12 June 2018

    Annuar Sah Lawan Hamidin



    PERTEMBUNGAN dua penjuru bakal berlaku dalam pemilihan Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) antara Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dengan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa pada Kongres FAM, 14 Julai depan. 

    Semalam, Annuar menerusi laman sosial Facebook telah memuat turun borang pengesahan bertanding merebut jawatan Presiden FAM bagi penggal 2018-2021, sekali gus menamatkan teka-teki status­nya bertanding selepas mendapat pencalonan daripada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) pada Mei lalu.

    Katanya, beliau telah bersedia untuk membantu bola sepak Malaysia ke tahap baharu jika terpilih sebagai pengganti kepada mantan Presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang melepaskan jawatan itu pada Mac lalu.

    “Terima kasih kepada Datuk Mohd. Yusoff Mahadi (selaku) pemangku Presiden FAM yang datang ke pejabat saya untuk menghantar borang pencalonan Presiden FAM. Saya merasakan para perwakilan Kongres FAM (pada) Julai nanti wajar diberikan peluang memilih antara alternatif yang berbagai-bagai dan berbeza secara bebas serta terbuka tetapi (ia) dalam suasana penuh semangat kesukanan. 

    “Sudah lama bola sepak negara tercari-cari dan ternan­ti-nanti satu sentuhan yang benar-benar mengangkat bola sepak Malaysia ke satu tahap baharu. Sesuai dengan semangat itu, saya mengesahkan telah membuat keputusan untuk me­nerima pencalonan bagi jawatan Presiden FAM. Terima kasih,” katanya dalam laman sosial Facebook semalam.

    Media sebelum ini melaporkan, terdapat tiga individu iaitu Hamidin, Annuar dan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi dicalonkan untuk bertanding merebut jawatan Presiden FAM.

    Abdul Azim mendapat pencalonan daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), manakala Hamidin meraih pencalonan 18 daripada 20 ahli gabungan FAM. Bagaimanapun, Abdul Azim menarik diri daripada bertan­ding ekoran mahu memberi fokus kepada komitmen-komitmen lain yang mana beliau juga memegang jawatan Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN).

    Terdahulu, Tunku Ismail pernah bertitah pada Mac lalu dengan menyifatkan Hamidin adalah calon paling tepat untuk menggantikan tempat baginda berdasarkan kredibiliti serta pengalaman luas yang dimiliki bekas Naib Presiden FAM itu.

    “Jika kita lihat FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) juga, Presiden datang dalam kalangan setiausaha agung kerana mereka amat memahami sistem pentadbiran bola sepak,” titah baginda.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Annuar Sah Lawan Hamidin Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top