My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 11 June 2018

    Wanita Maut Cuba Lari Daripada Serbuan



    Seorang wanita maut setelah terjun dari tingkat tujuh sebuah hotel di Jalan Airport semasa serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Miri pada pukul 8.55 malam semalam. 

    Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, ketika serbuan dilakukan, wanita tempatan berumur 31 tahun yang juga seorang penganggur itu berada di dalam sebuah bilik di premis tersebut bersama seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun.

    "Semasa polis menjalankan pemeriksaan di dalam bilik, tiba-tiba mangsa bertindak melarikan diri ke arah balkoni sebelum jatuh ke bawah lobi hotel dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Meng Seah berkata, pemeriksaan lanjut yang dilakukan, polis menjumpai satu peket plastik berwarna biru berisi ketulan dadah disyaki methamphetamine dengan anggaran berat 1.15 gram dan suspek lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

    "Mangsa yang maut patah kedua-dua pergelangan tangan, kaki serta cedera pada belakang kepala di hantar ke Hospital Miri.

    "Semakan polis mendapati mangsa pernah ditangkap berhubung kesalahan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan (kesalahan memindah dan menghapus harta curi) dan waran tangkap telah dikeluarkan kerana tidak hadir ke mahkamah Miri," katanya tanpa mendedahkan nama mangsa yang maut itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Wanita Maut Cuba Lari Daripada Serbuan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top