My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 22 July 2017

    Anggota PGA Lemas, Seorang Lagi Hilang



    ANGGOTA Pasukan Gerakan Am (PGA) ditemui lemas manakala seorang lagi masih hilang selepas bot dinaiki mereka terbalik ketika memancing di perairan laut Tundun Buhangin, Kinabatangan, 5 petang semalam. 

    Mangsa yang lemas dikenal pasti sebagai Koperal Walter Dennis manakala Koperal Muhd Hanip @ Musley belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dilakukan pasukan penyelamat.

    Difahamkan, dua anggota PGA bersama seorang penduduk kampung, Lawig Elan keluar memancing di kawasan laut muara Sungai Kinabatangan dengan menaiki bot penduduk kampung. Mereka sepatutnya pulang tengah malam semalam tetapi tidak pulang sebelum seorang seorang daripada mereka ditemui selamat dan memaklumkan bot dinaikinya bersama dua anggota polis terbalik.

    Pada jam 2 petang semalam, seorang mangsa ditemui lemas dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian. 

    "Setakat ini, satu orang awam ditemui selamat dan seorang anggota polis PGA ditemui lemas. Seorang lagi anggota polis dilaporkan masih hilang dan usaha SAR sedang giat dijalankan bagi mengesan mangsa terbabit," katanya ketika dihubungi, semalam.

    Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BB) Sandakan, Mohd Razali Awang Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan dari BBP Kinabatangan yang memaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 5 petang semalam.

    "Gerakan SAR seorang lagi mangsa dilaksanakan dengan menggunakan dua bot bersama enam anggota penyelam. Operasi turut disertai anggota dari Jabatan Kecemasan Hospital Duchess of Kent. "Kini, operasi SAR masih dilakukan di kawasan perairan Kinabatangan," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Anggota PGA Lemas, Seorang Lagi Hilang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top