My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 26 July 2017

    Tongkang Karam


    Pembinaan Jambatan Pusa, di sini, terpaksa dihentikan seketika selepas tongkang yang digunakan untuk membawa jentera dan peralatan pembinaan jambatan itu karam di Sungai Batang Saribas, di sini, semalam. 

    Media difahamkan, tongkang yang ditambat berdekatan tapak projek pembinaan jambatan itu terbalik dan karam akibat arus sungai deras. Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mohd Fahdil Antum Abdullah berkata, tongkang itu dikatakan senget sekitar jam 8 pagi sebelum terbalik bersama dua lori dan sebuah kren.

    “Saya sendiri pergi ke lokasi kejadian dan kami mendapati tidak ada pekerja yang cedera serta hilang dalam kejadian itu. Pekerja tongkang itu memaklumkan mereka semua sempat menyelamatkan diri ketika tongkang berkenaan mula senget sebelum ianya karam,” katanya ketika dihubungi semalam. 

    Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan berhubung kejadian itu jam 10.30 pagi. “Sebaik laporan diterima, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong digerakkan ke lokasi kejadian.

    “Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan,” katanya.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tongkang Karam Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top