My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 24 July 2017

    3 Gadis Didakwa Merompak



    Lapan sekawan termasuk tiga gadis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan merompak secara berkumpulan dengan bersenjatakan pisau dan besi terhadap tiga remaja lelaki berusia 17 tahun pada minggu lalu. 

    Kesemua tertuduh, Muhammad Safuan Udin, 26; Muhamad Syahril Afiq Mohd. Sunado, 20, Mohamad Nuryzul Amin Mohd. Azelan, 19; Muhamad Hisham Abd. Rahim, 28; Siti Jamarriah Sufian, 22; Miss Aneeta Marovee, 26, dan dua remaja termasuk perempuan berusia 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan serentak di hadapan Hakim Nazri Ismail.

    Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjatakan pisau dan besi ke atas Muhammad Aieman Ibrahim, Muhamad Amar Azlan serta Muhammad Hafiz Tuan Ariffin yang masing-masing berusia 17 tahun.

    Kesemua tertuduh mengambil barang-barang peribadi milik ketiga-tiga mangsa iaitu telefon bimbit, jam tangan, beg duit, cukai jalan motosikal, beg tangan dan kad pengeluar wang automatik di kedai makan sebelah pasar raya Billion di sini pada pukul 12.30 tengah malam, 11 Julai lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 3 Gadis Didakwa Merompak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top