SKUAD bawah 22 tahun (B-22) negara tampil gagah untuk melenyapkan ego Indonesia. Semalam, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee mudah membelasah lawan mereka itu 3-0 pada aksi pembuka tirai Kumpulan H kempen kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 B-23 di Stadium Nasional Supchalasai, Bangkok, Thailand.
Menariknya, skuad negara yang berdepan dengan pelbagai masalah sebelum bertandang ke Bangkok membuktikan bahawa segala kekurangan dalam pasukan tidak menjejaskan misi mereka untuk meraih kemenangan. Mereka bergerak sebagai satu pasukan dan melangkah bergaya ke gelanggang perlawanan dengan membawa semangat Malaysia Boleh.
Barisan pemain negara tahu segala masalah yang dihadapi ketika mengharungi sesi latihan sebelum ini bukan bermakna mereka tidak mampu untuk melakar kemenangan dan semalam, mereka telah membuktikannya dengan penuh bergaya.
Pujian wajar diberikan kepada Kim Swee yang tidak pernah patah semangat untuk membentuk pasukan mantap meskipun gagal mendapatkan khidmat enam pemain utama gara-gara tidak mendapat pelepasan daripada majikan masing-masing.
Kim Swee berjaya membuktikan sesuatu dan ia harus membuka mata semua pihak yang bersikap ‘keras kepala’ untuk tidak membenarkan pemain mereka berbakti kepada negara.
0 comments:
Post a Comment