My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 17 July 2017

    Jualan Perodua Naik 2.4 Peratus




    PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mencatatkan peningkatan 2.4 peratus jualan kenderaan kepada 99,700 unit bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 97,400 unit bagi tempoh sama tahun lalu.

    Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, Perodua Axia menjadi model paling laris dengan jualan 32,600 unit, Bezza (28,300 unit), Myvi (24,000 unit) dan Alza (14,700 unit).

    "Kami juga kekal menjadi peneraju bagi pasaran automotif di negara ini dengan penguasaan 35.1 peratus berdasarkan jangkaan dalaman kami bagi jumlah keseluruhan industri (TIV) iaitu sebanyak 284,200 pada masa ini," katanya pada Tinjauan Prestasi Perodua bagi separuh pertama 2017 di Kuala Lumpur, hari ini.

    Beliau berkata, TIV bagi separuh pertama tahun ini juga mencatatkan peningkatan 2.3 peratus kepada 284,200 unit kenderaan berbanding 275,500 unit bagi tempoh masa sama tahun lalu. "Peningkatan jualan industri itu dipacu melalui kempen jualan agresif yang dilaksanakan kebanyakan pemain automotif dan pengenalan model baru di pasaran sepanjang tempoh enam bulan tahun ini," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jualan Perodua Naik 2.4 Peratus Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top