My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 25 July 2017

    Real Tunggu United Piala Super UEFA



    MANCHESTER United menewaskan Real Madrid menerusi penentuan sepakan penalti yang dianggap ‘hodoh’ apabila tujuh pemain gagal menyepak masuk bola pada perlawanan Piala Juara Antarabangsa (ICC) selepas kedua dua pasukan terikat 1-1 di Utara California. 

    United menang penentuan penalti 2-1 selepas mendahului sebelum separuh masa pertama menerusi jaringan Jesse Lingard dari jarak dekat. Keceriaan seramai 65,109 peminat terserlah apabila Victor Lindelof menjatuhkan pemain Real Theo Hernandez m-69 sebelum Casemiro menyempurnakan penalti.

    "Saya sentiasa berkata kepada pemain tiada risiko dalam perlawanan persahabatan" kata Mourinho. Jika anda merasakan sesuatu tidak kena atau rasa hendak cedera mahu pun sakit, keluar daripada padang kerana keputusan tidak penting."

    Pengendali Real Madrid Zinedine Zidane mendapat semangat daripada apa disaksikannya daripada persembahan pasukannya pada perlawanan pertama pra musim mereka.

    Dua skuad ini akan bertembung kembali pada Piala Super UEFA pada 8 Ogos depan di Macedonia yang pasti menjanjikan aksi lebih sengit. Madrid juara Eropah akan berdepan Manchester City sementara United akan menghadapi Barcelona Rabu ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Real Tunggu United Piala Super UEFA Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top