My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 17 July 2017

    Lelaki Ditemui Rentung Di Dapur



    Seorang lelaki maut dalam kejadian kebakaran di sebuah kediaman di Kampung Pedawan di sini hari ini. Mayat mangsa, Mark Damaing, 36, berbangsa Kadazan ditemui rentung oleh pasukan bomba dan penyelamat di bahagian dapur rumahnya. 

    Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri dalam kenyataan berkata, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.31 pagi seramai lapan anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Papar dekat sini segera dikejarkan ke lokasi kejadian.

    "Kejadian kebakaran ini melibatkan sebuah rumah jenis kekal dan hampir 80 peratus ia hangus dijilat api. Difahamkan, semasa kejadian mangsa yang dipercayai tinggal sendirian gagal keluar menyelamatkan diri sebelum dia ditemui rentung di bahagian dapur," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Tambahnya, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux turut terbakar dalam insiden berkenaan. Api berjaya dikawal pada pukul 5.22 pagi manakala punca dan jumlah kerugian kejadian masih dalam siasatan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lelaki Ditemui Rentung Di Dapur Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top