Malaysia merupakan sebuah negara yang mengecapi keamanan dan kestabilan sejak sekian lama. Amat sukar untuk membayangkan bagaimana sebuah negara yang didiami oleh masyarakat majmuk boleh saling bertoleransi antara satu sama lain dalam pelbagai bidang. Jika keadaan ini berlaku di negara lain, sudah pasti akan tercatat pertumpahan darah seperti mana yang berlaku di Myanmar.
Rupanya, keamanan dan kestabilan yang dikecapi negara ini tidak begitu disenangi oleh DAP. Setiap bulan, ada sahaja tindakan mereka yang cuba mengganggu gugat keamanan yang dikecapi oleh negara menerusi tindakan menghasut kebencian dan memainkan sentimen keagamaan dan bangsa.
Ramai yang melihat, apa yang dilakukan oleh DAP ini cukup merbahaya terutamanya sekali tindakan mereka yang begitu giat menghasut kaum Cina untuk menentang kerajaan. Paling menyedihkan, mereka tidak peduli langsung akan masa hadapan negara hanya disebabkan kemaruk kuasa yang tidak berpenghujung.
Bayangkan, betapa mereka begitu taksubkan kuasa, mereka sanggup menghasut kaum Cina untuk menolak MCA dan Barisan Nasional dengan pelbagai tuduhan dan fitnah yang langsung tidak berasas sama sekali.
Mereka menyasarkan golongan muda yang mereka anggap begitu mudah dimanipulasi akibat jiwa memberontak mereka. Mereka sedar, golongan ini adalah golongan paling ramai dalam kelompok pengundi di Malaysia dan pada masa yang sama, golongan ini adalah pelapis kepada kepimpinan negara.
Justeru, dengan mengotorkan pemikiran mereka dengan pelbagai tuduhan dan fitnah, ada kemungkinan golongan ini akan terpengaruh dan sekaligus mewujudkan sentimen kebencian antara kaum dan juga terhadap Barisan Nasional.
Untuk ini, marilah kita sama-sama menolak cara politik penuh kebencian seumpama ini kerana akibatnya bukan sedikit, masa hadapan negara menjadi pertaruhan. Menolak cara politik kotor DAP ini samalah erti dengan istilah menyelamatkan Malaysia dari anasir jahat yang sedang di bawa oleh DAP dan Pakatan Harapan.
0 comments:
Post a Comment