My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 24 July 2017

    Jokowi Arah Tembak Pengedar Dadah



    Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan anggota penguat kuasa menembak mati pengedar dadah bagi memerangi ancaman narkotik yang semakin serius di negara itu. 

    “Bertindak tegas, terutama kepada pengedar dadah asing yang masuk negara ini. Tangkap dan tembak mereka kerana kita sekarang berada dalam keadaan kecemasan narkotik,” ujar Jokowi semasa berucap pada majlis anjuran sebuah parti politik di sini malam kelmarin.

    Kenyataannya itu telah dibandingkan kepada tindakan sama yang dilakukan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang me­lancarkan perang antidadah kira-kira setahun lalu sehingga menyaksikan ribuan pengedar dadah dibunuh.

    Kempen berdarah di Filipina itu telah mencetuskan kritikan daripada komuniti antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Indonesia turut mempunyai undang-undang keras dalam memerangi dadah.

    Jokowi sebelum ini dikritik kerana memerintahkan hukuman tembak terhadap pengedar dadah yang dihukum mati oleh mahkamah. Aktivis hak asasi manusia dan sebilangan agensi kerajaan telah meminta Indonesia menghapuskan hukuman mati.

    Arahan tembak mati daripada Jokowi itu dikeluarkan beberapa minggu selepas polis Indonesia menembak mati seorang warga Taiwan dalam serbuan di bandar berdekatan Jakarta. Lelaki tersebut yang merupakan anggota kumpulan yang cuba menyeludup 1 tan dadah jenis methamphetamine ke negara itu terbunuh ketika cuba bertindak balas semasa ditahan.

    Selepas insiden itu, Ketua Polis Negara, Tito Karnavian dipetik oleh media mengatakan bahawa beliau telah memerintahkan semua pegawai polis agar tidak teragak-agak menembak pengedar dadah yang cuba mengelak daripada ditangkap.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jokowi Arah Tembak Pengedar Dadah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top