My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 21 July 2017

    SPNB Teliti Potensi Ke Bursa Malaysia



    Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melalui anak syarikatnya berhasrat untuk disenaraikan di Bursa Malaysia di bawah perancangan strategik jangka masa panjang. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Datuk Ahmad Azizi Ali berkata, pihaknya tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi pelan penyenaraian itu kerana perlu menilai pelbagai aspek termasuk situasi pasaran. 

    “Perkara ini turut bergantung kepada keputusan Lembaga Kumpulan SPNB dan kelulusan daripada Kementerian Kewangan (MOF) memandangkan kami berada di bawah MOF,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun SPNB ke-20 dan jamuan Aidilfitri, di sini, semalam.

    Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Pengerusi SPNB, Datuk Abdul Latiff Ahmad. Beliau berkata, penyenaraian itu dijangka direalisasikan melalui dua anak syarikat pemaju hartanah dibawah SPNB yang mengendalikan program pembangunan perumahan SPNB Aspirasi dan Idaman.

    Menurutnya, SPNB meneliti perkembangan syarikat itu yang dilihat menunjukkan potensi untuk disenaraikan apabila mencatatkan keuntungan positif dalam tempoh dua hingga tiga tahun lalu. 

    “Kami kini dalam proses mewujudkan syarikat yang mampu memenuhi keperluan untuk disenaraikan dan kami akan mengumumkan perkara ini secara lebih jelas apabila ia dimuktamadkan kelak,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SPNB Teliti Potensi Ke Bursa Malaysia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top