Sebuah hutan di Pulau Jeju, Korea Selatan yang ditanam dengan pokok sitrus dinamakan G-Dragon sempena nama anggota BIGBANG itu. Projek terbabit akan dibuka pada ulang tahun kelahiran penyanyi itu pada 18 Ogos depan.
Hasil daripada pokok di hutan berkenaan bakal didermakan kepada badan amal. Selain itu, pelbagai acara sosial seperti petik buah juga bakal diadakan di hutan itu. Hutan itu adalah yang kedua menggunakan namanya selepas sebuah hutan di Yeouido, Seoul, turut dinamakan sempena namanya pada 2014.
Setakat ini, hutan berkenaan ditanam dengan 50 pokok sitrus hasil usaha bersama persatuan Always-GD dan Tree Planet.
0 comments:
Post a Comment