My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 24 July 2017

    Sentuhan Magis Datuk Ong Kim Swee Menjadi




    Skuad bawah 22 tahun (B-22) negara layak secara automatik ke pusingan akhir kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 yang akan berlangsung di China tahun depan. Tiket tersebut diperoleh selepas muncul juara Kumpulan H pada saingan peringkat kelayakan di Stadium Nasional Supchalasai, Bangkok semalam.

    Pada aksi terakhir semalam, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee (gambar kecil) itu menang bergaya 2-0 ke atas Mongolia manakala dalam satu lagi perlawanan antara tuan rumah, Thailand dan Indonesia, berkesudahan seri tanpa jaringan.

    Keputusan antara Thailand dan Indonesia itu telah meletakkan skuad remaja negara mendahului Kumpulan H dengan enam mata diikuti Thailand di tempat kedua dengan lima mata.

    Ekoran kejayaan bergaya itu, Kim Swee wajar diberi pujian kerana berjaya membawa skuad B-22 negara melepasi halangan pada peringkat kelayakan meskipun pasukan yang dibawanya ke Bangkok itu berada dalam keadaan serba kekurangan.

    Malah, ketika melakukan persiapan, Kim Swee berdepan pelbagai masalah untuk mengumpul pemain utama selepas tidak mendapat pelepasan daripada pasukan masing-masing. Namun ia tidak melunturkan semangat Kim Swee dan akhirnya dia berjaya membuktikan kemampuannya membentuk skuad yang mantap, sekali gus layak ke pusingan akhir di China tahun depan secara merit.

    Pada aksi semalam, skuad negara bermula hambar namun bangkit garang pada separuh masa kedua apabila memperoleh dua gol menerusi jaringan N. Thanabalan pada minit ke-51 dan Syazwan Andik Ishak (m-86).

    Sepanjang kempen kelayakan kali ini, skuad negara mencatat dua kemenangan selepas menewaskan Indonesia 3-0 pada aksi pembukaan, Rabu lalu sebelum tewas 0-3 kepada Thailand pada Jumaat. 

    “Saya bangga dengan kejayaan ini. Para pemain telah melakukan yang terbaik biarpun telah melalui pelbagai masalah sebelum bertandang ke Bangkok.

    “Para pemain tidak mudah menyerah dan mereka benar-benar mahu merealisasikan impian untuk beraksi pada pusingan akhir kejohanan berprestij itu. Kejayaan ini merupakan permulaan baharu terhadap bola sepak negara. Untuk meraih kejayaan, kita perlu sentiasa berusaha untuk membawa perubahan.

    “Kami akan terus bekerja keras kerana selepas ini fokus utama adalah untuk melakukan yang terbaik pada Sukan SEA,” jelas Kim Swee.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sentuhan Magis Datuk Ong Kim Swee Menjadi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top