My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 20 July 2017

    Rabies: Kes Kelima Dikesan Di Serian



    Kementerian Kesihatan Malaysia semalam mengesahkan satu lagi kes rabies dikesan di Serian menjadikan lima kes penyakit anjing gila di daerah itu, setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, pesakit berusia 52 tahun dari Kampung Remun, Serian itu didapati positif ujian makmal pada 18 Julai. 

    Menurut Dr Noor Hisham, mangsa tersebut dikatakan pernah digigit anjing pada awal Mei lalu. Susulan itu, pada 11 Julai, lelaki itu menunjukkan simptom rabies termasuk mengalami lemah anggota kaki, kebas, sakit belakang serta kebingungan sebelum dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

    Beliau berkata, sehingga 18 Julai terdapat lima kes rabies di Serian, termasuk empat kes yang telah meragut nyawa mangsa. Empat korban rabies melibatkan pasangan adik-beradik, Monica Mazlan, 6, dan Jackson Mazlan, 4, Alicesa Lorena Nody, 7, dan terbaharu, Florencesia Edward, 5.

    Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam mesyuaratnya semalam memohon kepada masyarakat di sekitar kawasan Batu 10 Padawan untuk membawa anjing ke tempat pemvaksinan yang disediakan secara percuma oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak di Dewan Masyarakat Batu 10, Kota Padawan hari ini dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

    Menurut JPBN dalam kenyataan semalam, mesyuarat jawatankuasa memutuskan untuk mewujudkan zon penampan (kawasan halangan untuk wabak) antara Siburan dan Kuching bagi mengekang penularan wabak rabies di kalangan anjing memasuki bahagian Kuching.

    Hasil daripada mesyuarat tersebut, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui unit MPV diarah untuk membuat rondaan dan pemantauan di kawasan wabak dalam lingkungan 10km radius bagi memaklumkan kepada Majlis Daerah Serian dan Majlis Perbandaran Padawan sekiranya terdapat anjing liar berkeliaran.

    Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang mempengerusikan mesyuarat itu menyarankan agar semua pemilik mengurung haiwan kesayangan mereka dikurung dalam rumah bagi mengelak dihampiri anjing liar.

    Sebanyak 164 kes gigitan baharu telah dikesan yang berlaku dari 2 hingga 18 Julai di mana 18 kes gigitan berlaku setakat semalam, yang menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing berlaku sejak 1 April hingga semalam ialah 447.

    Seramai 317 individu telah datang untuk menerima suntikan vaksin dan Jabatan Kesihatan Negeri sedang dalam usaha menghubungi mereka yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin. Mesyuarat berkenaan semalam turut dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rabies: Kes Kelima Dikesan Di Serian Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top